Wednesday, November 11, 2009

Kejatuhan bangsa Turki

Assalamu'alaikum wbth,


Menurut Abul Hasan An Nadwi, kejayaan Turki tidak kekal lama. Bangsa Turki, seperti bangsa- bangsa lain mulai mengalami fasa kemunduran sesikit demi sedikit. Penyakit lama yang pernah
berjangkit pada setiap ummat pun telah berjangkit kepada mereka. Penyakit hasad, saling
bermusuhan, para penguasa yang dalam kemewahan, kerosakan moral, korupsi, membiarkan rakyat malas dan pasif. Semua ini berjangkit dengan meluas di kalangan rakyat Turki Ustmaniyah.

Menurut An Nadwi lagi, yang paling parah ialah terbelakangnya mereka dalam bidang persenjataan. Mereka melupakan ayat Allah SWT yang menganjurkan untuk sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi musuh yang mengancam seperti ayat berikut:

Ertinya: Persiapkan untuk mereka sedaya yang mereka mampu seluruh kekuatan dan pasukan kuda yang dapat menakuti musuh-musuh Allah dan kamu.
Dan mereka juga melupakan hadith Nabi SAW yang berbunyi:


Ertinya: Hikmah itu adalah suatu yang hilang yang perlu dicari oleh setiap mukmin. Dimana ia mendapatkannya, maka ia berhak ke atasnya.
Keunggulan dalam bidang persenjataan bagi Turki merupakan sesuatu yang dharuri. Ini kerana kedudukan mereka baik secara politik maupun geografi yang terkepung oleh bangsa Eropah dari semua sudut. Sebenarnya mereka perlu memperhatikan apa yang pernah Amru bin Al Ash berwasiat kepada Muslimin di Mesir secara langsung, katanya:

Ketahuilah oleh kamu, bahawa kamu sentiasalah hendaknya selalu bersiap siaga disebabkan banyaknya musuh yang ada di sekeliling kamu. Dan hati mereka sentiasa tertumpu kepada kamu dan tempat tinggal kamu.
Setelah zaman berlalu, masyarakat Eropah semakin maju, namun bangsa Turki masih tetap terbelakang, ketinggalan jauh oleh bangsa-bangsa Eropah.
Bersambung….ketinggalan bangsa Turki dalam bidang ilmu pengetahuan…

Tuesday, November 10, 2009

Faktor kejatuhan bangsa Turki

Assalamu'alaikum wbth,
Menurut Abul Hasan An Nadwi, kejayaan Turki tidak kekal lama. Bangsa Turki, seperti bangsa-bangsa lain mulai mengalami fasa kemunduran sesikit demi sedikit. Penyakit lama yang pernah berjangkit pada setiap ummat pun telah berjangkit kepada mereka. Penyakit hasad, saling bermusuhan, para penguasa yang dalam kemewahan, kerosakan moral, korupsi, membiarkan rakyat malas dan pasif. Semua ini berjangkit dengan meluas di kalangan rakyat Turki Ustmaniyah.

Menurut An Nadwi lagi, yang paling parah ialah terbelakangnya mereka dalam bidang persenjataan. Mereka melupakan ayat Allah SWT yang menganjurkan untuk sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi musuh yang mengancam seperti ayat berikut:

Ertinya: Persiapkan untuk mereka sedaya yang mereka mampu seluruh kekuatan dan pasukan kuda yang dapat menakuti musuh-musuh Allah dan kamu.

Dan mereka juga melupakan hadith Nabi SAW yang berbunyi:

Ertinya: Hikmah itu adalah suatu yang hilang yang perlu dicari oleh setiap mukmin. Dimana ia mendapatkannya, maka ia berhak ke atasnya.

Keunggulan dalam bidang persenjataan bagi Turki merupakan sesuatu yang dharuri. Ini kerana kedudukan mereka baik secara politik maupun geografi yang terkepung oleh bangsa Eropah dari semua sudut. Sebenarnya mereka perlu memperhatikan apa yang pernah Amru bin Al Ahs berwasiat kepada Muslimin di Mesir secara langsung, katanya:

Ketahuilah oleh kamu, bahawa kamu sentiasalah hendaknya selalu bersiap siaga disebabkan banyaknya musuh yang ada di sekeliling kamu. Dan hati mereka sentiasa tertumpu kepada kamu dan tempat tinggal kamu.

Setelah zaman berlalu, masyarakat Eropah semakin maju, namun bangsa Turki masih tetap terbelakang, ketinggalan jauh oleh bangsa-bangsa Eropah.

Bersambung….Ketinggalan bangsa Turki dalam bidang ilmu pengetahuan…