Thursday, May 13, 2010

Sejarah PLO

Assalamu'laikum wbth,

Syabas kepada gabungan NGO yang menggerakkan lifeline4 Gaza untuk membantu umat Islam di Gaza dan juga membebaskan al Aqsa dari cengkaman Yahudi. Elok juga jika kita melihat sedikit mengenai sejarah PLO, agar kita dapat memahami senario yang berlaku sehingga kini.


Dalam satu perjumpaan pemimpin-pemimpin negara Arab, pada tahun 1964, mereka telah menubuhkan 'Army for the Liberation of Palestine'. Telah kita ketahui bahawa ini adalah perancangan negara-negara Barat, dengan tujuan akhirnya untuk menjualkan Palestin kepada mereka (Barat).

Setelah ditubuhkan, kumpulan itu pun mula melakukan aktiviti-aktiviti menentang Yahudi seperti menyerang dan membunuh beberapa orang Yahudi, untuk mendapat kepercayaan dari masyarakat Islam dan Arab bahawa mereka ini benar-benar memperjuangkan nasib umat Palestin dan menentang Yahudi. Mereka akan sentiasa melakukan kerja-kerja ini sehinggalah mereka telah mencapai ke tahap di mana mereka adalah wakil tunggal bagi rakyat Palestin. Jadi, pada masa itu, apabila mereka menjual Palestin maka ia telah dijual oleh orang-orang Palestin sendiri.

Setahun kemudian pertubuhan itu ditukar namanya kepada 'Palestine Liberation Organization' atau PLO, dengan ketuanya pada masa itu iaitu Ahmad Syukhir. Di dalam PLO, ada satu cawangan yang dinamakan Al Fatah, yang menjadi cukup terkenal kerana mereka banyak melakukan serangan-serangan ke atas Yahudi.

Dalam pilihanraya PLO yang diadakan pada tahun 1969, ketua Al Fatah pada masa itu iaitu Yasser Arafat telah dilantik menjadi pemimpin PLO. Banyak kumpulan-kumpulan kecil yang lain telah menyertai PLO. Mulai pada awal 70an, kerajaan negara-negara lain mula mengiktiraf PLO sebagai wakil tunggal rakyat Palestin. Bahkan PBB pun telah mengiktiraf PLO. Di sini nampak semakin jelaslah perancangan mereka PLO mempunyai wakil-wakil di berbagai negara di dunia dan wang ringgit mencurah-curah masuk kepada mereka PLO menjadi cukup kaya sehingga ia mampu memberi pinjaman kepada negara-negara Arab yang memerlukan duit.

Pada penghujung tahun 80an, kejadian-kejadian yang berlaku menunjukkan mereka telah semakin dekat dengan matlamat mereka. PLO telah mengisytiharkan 'negeri Palestin'. Radio-radio Arab apabila menyebut nama Arafat, mereka memanggilnya presiden Arafat. PLO juga telah dipersiapkan dengan pasukan polis yang akan digunakan apabila mereka mendapat Palestin kelak. Seramai 10,000 orang telah dipilih untuk mendapat latihan di Eropah.

Seterusnya, berlakulah apa yang kita lihat baru-baru ini di mana PLO telah mengiktirafkan Israel secara terbuka. Kemudian, negara-negara yang selama ini berpura-pura menentang Yahudi akan menunjukkan siapa mereka sebenarnya dengan satu demi satu daripada negara-negara tersebut mula mengiktiraf negara Israel.

Bahkan, Perdana Merited Israel sendiri, Yitzhak Rabin baru-baru ini berkata bahawa PLO akan dapat mendiamkan Ikhwan.

Dari sini cukup jelaslah kerjasama antara mereka untuk memusnahkan Islam. Orang-orang kafir apabila mereka membuat sesuatu perjanjian, mereka menulis apa yang patut dibuat dalam setiap langkah dengan teliti sekali.

Jadi apabila Rabin mengatakan bahawa PLO akan mendiamkan Ikhwan, bukanlah bermakna PLO sekadar memberi persetujuan bahawa mereka akan bertindak ke atas Ikhwan tetapi persetujuan itu diikuti dengan perancangan yang teliti tentang apakah yang patut dilakukan oleh PLO untuk menghapuskan Ikhwan. Ertinya dalam masa sekian-sekian, PLO hendaklah berbuat begini-begini dan seterusnya. Bahkan Rabin juga berkata bahawa mereka akan menunggu selama sembilan bulan untuk melihat bagaimanakah kejayaan PLO dalam tempoh tersebut.

Berdasarkan maklumat, ada dokumen daripada kedutaan Amerika di Teheran yang dirampas oleh pelajar-pelajar di sana. Dari dokumen itu jelas musuh-musuh Islam tidak pernah mengambil sesuatu itu dengan mudah atau sewenang-wenangnya sahaja, tetapi semuanya dirancangkan dengan teliti dan ditulis dengan 'detail'.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah (swt) agar membantu kita dan agar Allah menggagalkan perancangan jahat orang-orang kafir dan mengembalikan perancangan jahat mereka itu kepada mereka sendiri.