Sunday, February 27, 2011

Ke mana selepas ini? Mesir

Salam,

Satu analisis menarik dari Ahmad Luthfi Othman. Bila membacanya, hati ini menjadi agak risau juga. Adakah sejarah akan berulang? Kita doakan agar IM tidak ditipu di dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.

Mereka merancang, tetapi Allah SWT adalah perancang yang terbaik.

w/a


Read on: (sumber http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30715:revolusi-mesir-di-mana-kedudukan-ikhwan-muslimin&catid=86:editor-harakah&Itemid=126)

Kebangkitan rakyat Tunisia sehingga dapat menggulingkan diktator Zine El Abidin Ben Ali dalam waktu begitu singkat kini menjalar ke Mesir, dan berpotensi cerah meranapkan banyak lagi pemerintahan kuku besi di rantau Arab. Siapa pun tidak dapat menduga, anak-anak muda yang membesar dalam ledakan dunia maklumat tanpa sempadan, yang sentiasa dikongkong dan dikurung oleh budaya takut, berjaya menghalau Ben Ali dan keluarga.

Di Timur Tengah, hampir semua kerajaan yang memerintah tidak dipilih rakyat melalui sistem demokrasi. Sama ada ia sebuah republik atau sistem monarki, memihak Barat atau memusuhinya, mengadakan hubungan dengan Israel atau tidak, namun rakyatnya sentiasa ditindas dan dinafikan hak. Elit penguasa membolot dan menimbun kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni. Negara kaya tetapi majoriti penduduknya merempat. Pengangguran, kemiskinan dan rasuah bermaharajalela. Manakala maruah umat tergadai dengan pergantungan kepada kuasa-kuasa luar.

Tumpuan kini tertumpu ke Mesir. Regim zalim Hosni Mubarak, yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat dan zionis Israel hanya menunggu masa untuk runtuh. Diberitakan keluarga presiden yang memerintah selama 30 tahun itu sudahpun melarikan diri ke luar negara. Hosni tidak berupaya lagi membendung amarah rakyat, yang terus melancarkan protes tanpa henti biarpun berdepan risiko tinggi. Medan Tahrir menjadi saksi pertumpahan darah tidak dapat dielakkan, apatah lagi rakyat berdepan dengan dalang keganasan yang dicetuskan Parti Nasionalis Demokratik pimpinan Hosni.

Keaiban detik-detik akhir kehidupan presiden sebelumnya, Anwar Sadat yang dibunuh di hadapan publik dan disiar secara langsung televisyen, mungkin berulang kepada Hosni. Anwar ditembak mati seorang anggota tentera, Leftenan Khalid Islambouli ketika beliau berdiri menerima tabik hormat daripada perbarisan ketenteraan pada 6 Oktober 1981. Ia berpunca daripada kemarahan rakyat terhadap perjanjian Mesir dengan Israel, dalam Perjanjian Kem David, selain penentangan terhadap amalan rasuah dan kenaikan harga barangan.

Apabila rasa gentar dan takut sudah hilang daripada sanubari rakyat tertindas, tiada apa lagi yang mampu menghalang tercetusnya revolusi dan pemberontakan. Regim yang diperkasakan oleh pasukan keselamatan, khususnya polis rahsia yang dulunya digeruni kini terpaksa melutut dengan suara keramat rakyat. Pukulan belantan, perintah darurat, arahan berkurung, tembakan gas pemedih mata, peluru getah hatta ratusan kes pembunuhan oleh agen pemerintah; semuanya dianggap enteng apabila kepompong budaya takut pecah berkecai.

Malah balai polis diserbu penunjuk perasaan dan mereka bertindak nekad membakarnya. Satu simbol nyata bahawa ketakutan yang membungkus gerak kehidupan rakyat selama ini telah turut terbakar. Rasa hormat dan maruah diri yang dipijak-pijak sejak sekian lama mula bangkit mengisi roh generasi baru rakyat Mesir. Mereka kini sedang berusaha mencipta sejarah, bukan hanya untuk membebaskan negara yang "terjajah" sekian lama, juga bagi membawa obor semangat buat negara-negara jiran dan ummah seluruhnya.

Sejarah pembebasan negara-negara Arab, termasuk Mesir dan Tunisia, daripada belenggu penjajahan, memang luar biasa. Pengaruh Mesir terhadap orang-orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Akhbar-akhbar Melayu, seperti al-Ikhwan, Saudara, al-Imam, Idaran Zaman dan Suara Melayu sejak awal abad 20 telah melaporkan pergolakan politik dan gerakan kebangsaan rakyat Mesir. Nama-nama pejuang dan pemikir Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897), Muhammad Abduh (1849-1905) dan Rashid Ridha (1865-1935) tidak asing lagi kepada orang Melayu, yang seterusnya menimbulkan polemik Kaum Muda di Tanah Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bukunya, Islam dan Masyarakat Melayu; Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, gerakan Pan-Islamisme yang dipelopori Jamaluddin Al-Afghani telah mencetuskan kesedaran kebangsaan rakyat Mesir. Ketika di Mesir, Afghani berjaya mempengaruhi generasi muda dan ramai pengikutnya muncul memainkan perana penting dalam perkembangan sejarah Mesir moden. Gagasan ideanya -- yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran sebenarnya -- lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan pergerakan nasionalisme Arab atau Mesir.

Selain itu, dua institusi besar Mesir yang juga cukup dekat-akrab dengan masyarakat Islam di Malaysia ialah Universiti Al-Azhar dan gerakan Islam, Ikhwan Muslimin. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merumuskan: "Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya' yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia."

"Sayangnya," tambah Ustaz Nik Aziz, "Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran."

Isu Palestin juga begitu dekat dengan umat Islam sedunia dan rakyat negara ini. Di kala zionis Yahudi bertindak zalim sewenang-wenangnya, dibantu pula oleh Amerika Syarikat, maka peranan negara-negara jiran, sekurang-kurangnya untuk tidak sama-sama menekan amat diharapkan. Mesir pula pernah menunjukkan komitmen dan kekuatannya untuk berperang dengan Israel.

Malangnya Mesir mengkhianati amanah dan harapan ummah. Ia turut melakukan pengepungan ke atas wilayah Gaza, Palestin. Talian hayat rakyat Palestin dipotong. Bantuan dunia luar tersekat. Mesir memang terbukti menjadi sekutu rapat dan talibarut Israel memerangi kumpulan Islam di Gaza. Benarlah rumusan Ustaz Nik Aziz:
"Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya."

Secara peribadi, saya lebih terasa intim dengan Ikhwan Muslimin (ditubuhkan pada 1927, di Isma'iliyyah, Mesir), yang dianggap guru buat semua gerakan Islam moden. Saya kira hampir semua aktivis dakwah di negara ini sedikit sebanyak, secara langsung atau tidak langsung, dipengaruhi Ikhwan. Malah kebangkitan harakah Islamiyah di negara-negara lain, seperti Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, Parti Refah di Turki, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia juga mendapat inspirasi daripada Ikhwan, yang kemudiannya diikuti Hamas di Palestin dan banyak lagi gerakan Islam di seluruh dunia.

Pengasasnya, Assyahid Hassan Al-Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari 1949) dibunuh regim Mesir melalui satu tipu helah jemputan perundingan dengan kerajaan. Imam yang agung itu terkena tujuh tembakan tetapi masih mampu berjalan memanggil ambulan. Bagaimanapun pihak tentera tidak membenarkan doktor merawatnya, sehinggalah Al-Bana sengaja dibiarkan mati dengan tumpahan darah yang banyak.

Tiada sesiapa dibenarkan menguruskan jenazahnya. Hanya ayahnya, Syeikh Ahmad Abdul Rahman, berusia lebih 90 tahun memandi dan mengafankan jenazah Al-Banna. Syeikh Ahmad bersama tiga anak perempuannya mengusung jenazah ke masjid dengan kawalan ketat tentera. Pengikut dan anak murid Al-Banna kemudiannya diburu bagaikan pengganas. Al-Banna bukan sahaja meninggalkan puluhan karya ulung untuk umat, tetapi lebih penting menunjukkan teladan unggul mengatur organisasi secara tersusun bagi melaksanakan perjuangan Islam di medan.

Kisah kezaliman dan penderitaan bukan hanya ditanggung Al-Banna tetapi seluruh generasi Ikhwan seterusnya. Penyeksaan yang ditanggung mereka terlalu perit untuk diceritakan. Penuh dengan air mata, penjara, darah, tali gantung, pengharaman dan pembunuhan kejam. Tokoh-tokoh Ikhwan lain yang harum namanya, dan terus disebut-sebut, selain meninggalkan khazanah pemikiran berharga, seperti Assyahid Syed Qutb, Assyahid Abd Qader Audah, Hassan Hudaibi, Umar Tilmisani, Mustafa Masyhur, Mustapha al-Siba'i, Said Hawwa, Syed Sabiq, Muhammad Al-Ghazali, Yusof Al-Qaradawi dan ramai lagi.

Memang ada pihak yang sangsi, apakah Ikhwan yang sering diperalatkan pemerintah akan "dipergunakan" sekali lagi apabila Mesir berdepan krisis besar? Apatah lagi Mesir merupakan negara paling strategik di Timur Tengah, malah bagi Napolean Bonaparte, ia negara terpenting di dunia. Regim Mesir sentiasa menekan dan menindas Ikhwan, sejak Raja Farouk, Jamal Abdul Nasser sehinggalah Anwar Sadat dan Mubarak. Walhal Nasser dan Sadat merupakan orang yang pernah rapat dengan Ikhwan.

Mohamad Fauzi Zakaria dalam, Aqidah Yang Menggoncang Dunia, yang merupakan kajian di peringkat sarjana terhadap pengaruh pemikiran Syed Qutb, menjelaskan Ikhwan terbabit secara aktif dalam Revolusi Julai 1952 menumbangkan tirani monarki, Raja Farouk. Malahan Syed Qutb ditawarkan beberapa kedudukan penting dalam kerajaan revolusi termasuk Menteri Pelajaran, memandangkan pengalamannya yang luas di bidang pendidikan. Namun beliau menolaknya.

Syed Qutb, dalam satu majlis yang dihadiri para pegawai tentera Mesir menegaskan: "Sesungguhnya revolusi telah berlaku ... keluarnya seorang raja tidak bermakna berakhirnya revovulsi. Bahkan matlamat terakhir revolusi ini ialah mengembalikan negeri ini kepada Islam ... Sesungguhnya diriku semasa pemerintahan beraja telah kusediakannya untuk dipenjarakan. Malah tidak aman diriku pada zaman ini pun untuk terus kusediakannya kepada penjara lebih daripada persediaanku sebelumnya." Dengan spontan, Jamal Abdul Nasser yang turut berada dalam majlis sama mencelah: "Saudaraku Syed, demi Allah, tidakkan sampai kebimbangan itu padamu melainkan langkahnya mayat kami. Kami berjanji padamu dengan nama Allah bahawa kamilah tebusan kepada dirimu sehingga maut!"

Realitinya, apa yang dibimbangi Syed Qutb itu terbukti benar. Atas konspirasi terancang, melalui fitnah terhadap gerakan itu, Ikhwan diharamkan pada 13 Januari 1954, pimpinan dan ribuan anggotanya ditangkap. Kenyataan rasmi regim Nasser, dua hari selepas itu: "Pengumuman penting Majlis Pimpinan Revolusi tentang Ikhwan Muslimin, hubungan mereka dengan Inggeris dan mengadakan pertubuhan sulit di dalam pasukan polis dan tentera dalam usaha menggulingkan kerajaan dengan berselindung di sebalik pergerakan agama." Syed Qutb akhirnya terkorban syahid di tali gantung pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, selepas dua kali dipenjarakan.

Saya yakin, suasana kini sudah banyak berubah. Generasi Ikhwan yang terlatih, berakhlak dan berdisiplin, serta kaya dengan pengalaman -- dibantu arus globalisasi dan dasar langit terbuka yang mempercepatkan proses pendemokrasian dan boleh menyulitkan berulangnya konspirasi jahat terhadap Ikhwan -- pasti bersedia menyumbang khidmat menyelamatkan Mesir secara lebih berkesan. Buat masa ini mereka lebih bersedia menonjolkan Mohamed El-Baradei, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2005, ke hadapan. "Kemahuan kami adalah kehendak rakyat," kata salah seorang pemimpin Ikhwan di Kaherah.

Insya-Allah, Ikhwan tidak dapat ditipu lagi, manakala pemimpinnya lebih berhati-hati dan bijaksana membaca realiti bagi mengatur rentak. Imej ekstrimis, militan dan teroris, walaupun masih cuba dipalit ke wajah Ikhwan, namun agak sukar mempengaruhi majoriti rakyat yang sudah bersatu hati menghambat Hosni. Dalam masa sama, dipercayai regim Hosni cuba "bertarik tali" dan berlengah-lengah untuk meletakkan jawatan, bagi mempastikan pembaharuan Mesir tidak diterajui Ikhwan. Pemerintahan Amerika Syarikat yang menyokong transisi politik di Mesir turut meminta Hosni bertahan, bagi memastikan proses pembaharuan berjalan secara lancar dan aman.

Sekiranya pilihan raya adil dan bebas diadakan di Mesir, seperti pernah berlaku di Algeria dan Lubnan, juga seumpama di Turki, Ikhwan seperti gerakan Islam lainnya, akan mendapat sokongan ramai. Cuma, kepentingan Amerika dan Israel (terbukti Ikhwan bersedia bangun menentang Israel termasuk memikul senjata di medan perang) di Mesir jauh lebih besar berbanding Tunisia yang dibiarkan jatuh. Justeru, strategi dan pendekatan terbaik amat diperlukan oleh gerakan Islam masa kini, agar segala ruang sabotaj ditutup serapat mungkin.

Sunday, February 13, 2011

Ucapan penghargaan di atas daya tahan dan kejayaan menumpaskan regim


Salam,

1. Orang Mesir sendiri tidak menyangka yang mantan presiden Mesir Mubarak akan berundur kerana beliau amat terkenal dengan kedegilannya.

2. Selepas kejatuhan regim, kita dapat lihat banyak respon daripada negara-negara barat dan sekutunya. Begitu juga daripada Setiausaha agung PBB, Ban Kee Moon. Jika diteliti, mereka mengharapkan agar polisi dan perjanjian yang sedia ada dapat diteruskan. Yang paling teramat risau ialah pimpinan negara haram Israel sendiri. Mereka bimbang, jika Mesir akan jatuh ke tangan IM yang mereka katakan sebagai paling berpengaruh dan tersusun. Pimpinan-pimpinan regim di negara Arab yang lain sudah mula merasai bahang kebangikitan ini. Ada yang mula membuat perubahan untuk menyekat kebangkitan rakyat mereka. Kini, ianya mula merebak ke Algeria, Yaman, Bahrain, Jordan dan lain-lain negara.

3. Pihak oposisi negara barat seperti hizbullah,Iran dan Hamas mengalu-alukan kejayaan ini. Saya tidak melihat komen secara jelas dari negara Cina dan Rusia. W/a, apa sebabnya.

4. Berikut adalah komen IM berkaitan dengan kejayaan rakyat Mesir menumpaskan regim Mubarak yang zalim. Read on....



MB Commends the People on Their Resilience and Success in Toppling Mubarak’s Regime
tarikh: Sabtu 12 Feb. 2011

Following the historical fall of Egypt’s former president, Hosni Mubarak and his regime, the Muslim Brotherhood issued this statement congratulating the people on its good fortune.

In its statement the MB hailed the people and applauded the real heroes of the historical People’s Revolution, stressing that the revolution proved successful following the people’s united stance and sacrifices.

It cheered each and every Egyptian including men, women, children, Muslims and Christians describing the joyful news as a new dawn for all Egyptians free from the tyranny and oppression of Mubarak and his regime.

The MB reminds the masses that the great revolution could not have come about without the inevitable sacrifices, referring to the young men and women who paid with their lives so that others may live in freedom.The statement extends the MB's heartfelt condolences to the families of the victims, reminding them that the blood of their loved ones did not go to waste.

The MB sincerely thanks and commends the army which continued to demonstrate mature understanding of the situation, acknowledging the army’s patience and tolerance in dealing with the people. It added that the army has continued to work in favour of the people and the people trust that the army will continue during this transitional period, to work in favour of each and every Egyptian in a peaceful manner to establish a civil state and legislative institutions chosen by the people through free, fair and transparent elections.


The MB asserts that the coming days will prove to be just as trying as the preliminary stages during the revolution, however, just as the youth proved to be resilient during the first stages they will also succeed in promoting progress, justice, freedom and respect for human rights to fight any further injustices.

The MB concluded its statement, asserting that through mutual respect and unity Egypt will prosper to restore its glory and be a nation comprised of people from all walks, sects, colours creeds and religions, living in peaceful and tranquil harmony.

Rujukan:
http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28007

Kenyataan media IM berhubung dengan kebangkitan rakyat di Mesir

Salam,

Kenyataan media IM berhubung dengan kebangkitan rakyat di Mesir sebelum regim ditumbangkan pada hari Sabtu 12 Februari . Allah izin bersamaan dengan tarikh Syeikh Hassan Al-Banna telah ditembak mati oleh penembak upahan pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin di Kaherah, Mesir. Pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh pihak polis rahsia kerajaan. Jenazah al-Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengembumiannya, yang hadir hanya terdiri daripada keluarganya yang terdekat sahaja.

Read on:
•Egypt's authoritarian regime has lost its legitimacy, as marches organized by thousands of anti-government protesters gather at Tahrir Square downtown Cairo and most governorates of Egypt and continue to challenge the people's will. A tired-looking Mubarak, rather than step down for a peaceful transition of power, was shown on state TV with his associates hated by the masses in a provocative scene, to prove that he still holds the reins of power. This was done in a bid to raise the wrath of rebel protesters.

•What also provokes people's anger is that state-owned newspapers reported that Mubarak offers condolences to the families of those killed, in disregard of people's minds, which triggered the people to ask, who is responsible for the murders? Is not Mubarak personally responsible for the missing people who have been detained, tortured and killed under his regime? Is he not the chief executive as long as officials boast that they carry out his instructions?

•To make matters worse, he signed a decree to form a commission which will be tasked to oversee constitutional and required legislative amendments. Regardless of our respect for its members, we believe it is illegitimate because it was composed by the president who has lost his legitimacy..

•The MB believes that the decisions issued by the illegal president is a desperate attempt to deceive the people, and gain time to hold onto power. The dismissal of some officials of the ruling National Democratic Party who have corrupted and perverted political and economic life in Egypt and blatantly rigged the results of both upper and lower chambers, is insufficient because they have distorted Egypt's reputation and quelled people's will. Are not the people who commit such offenses put to trial? It is justice to make a few people scapegoats, while the others are covered up. Public corruption cases must be investigated and prosecuted by the people who have ultimate authority.

•The money that has been looted by businessmen from the former government is sufficient to pay off all Egypt's debts and build a strong economy that will provide jobs for all with decent wages and which will financially encompass disabled and needy families. A strong economy will enable the country to get rid of dependency, eliminate poverty and put an end to foreign aid. Therefore, people want revenge from those thieves and to regain their usurped rights.

•The immediate release of political prisoners and protestors from the recent anti-government protests is the real test of government credibility.

•Attempts by Mubarak to remain in power is not welcomed by the people and those who are allegedly keen on his dignity as Egypt's president should convince him to leave for the sake of the country's supreme interests and its national security.

•It is time for the pro-Mubarak editor-in-chiefs of State-Controlled newspaper to repent, awaken their consciences, align their people, prove their loyalty and abide by the truth far removed from the regime's dictates.

•The Egyptian people have broken the barrier of fear and their awareness has increased and they will not be deceived by the limited procedures taken by officials. The people are patient and determined to achieve their demands, regardless of the sacrifices.

Rujukan:
http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27993
Bertarikh: Rabu,9 February,2011 20:04

Tuesday, February 08, 2011

Tidak dipatuk dua kali



IM berpengalaman berbincang dengan regim Jamal abdul Naseer pada awal 50an dahulu, namun mereka telah dikhianati. Kebanyakan mereka ditangkap, ada yang dibunuh. Kali ini sekali lagi IM dijemput untuk berada semeja dengan wakil presiden Mesir, Omar Suleiman. Situasi kali ini mungkin berbeza, namun mereka lebih berhati-hati kerana orang mukmin tidak dipatuk dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.





Read on....

MB Statement on the Dialogue between Youth, Political and National Forces with Egypt’s Vice-President

Further to the statement issued yesterday in which we explained our position with regards to the principle, context, form and subject of the protests, we are committed to public opinion and the people’s right to self-determination and its future.

Further to the statement issued yesterday in which we explained our position with regards to the principle, context, form and subject of the protests, we are committed to public opinion and the people’s right to self-determination and its future. We submit our stance with the utmost honesty and transparency:

- we emphasize that we are a part of this great nation of Egypt. We cannot separate ourselves from it and will never cease caring about it and taking responsibility for it. We have the duty to be loyal to the nation during times of prosperity, hardship, sacrifice and redemption.

- we have not changed our stance of adhering to the demands of the people to which we belong.

Imam Hasan Hudhaibi

- we have accepted to engage in this dialogue to deliver those demands directly to the new officials, testing their seriousness in response to these demands. We also engaged in this dialogue to spare our people and our country more losses due to the stubbornness and rigidity of the regime.

- our engagement in this dialogue is for the interest of the revolution, the people and the country. We support its continuity until we ensure the demands have been achieved.

- we are keen on preserving the youth, and popular, political and national unity. Therefore, we have demanded this collective dialogue, that includes all the national forces, particularly the youth which have been the leader of this blessed uprising.

- we requested this in order to deliver the people’s collective demands and show our unity . If any of these forces were absent from the dialogue, this should be remedied in the future.

- we have requested a change in the process to create a degree of trust between the people and the regime. Therefore, we have demanded the immediate implementation of many reforms which does not require a legal or constitutional process to reassure the people of the regime's seriousness and willingness to respond to the rest of their demands.

-we do not have a special agenda; we follow the trends and have often repeated that we are not seeking power or position, and will not nominate anyone to run for the presidency.

The points which were agreed upon during the dialogue were as follows:

-recognition of the people’s movement, which began on January 25, 2011 as an honourable national movement.

-the need to ensure the safety of the demonstrators and the full recognition of the people’s right to peaceful protests at any time to monitor the implementation of their demands and express their opinions.

- ending the State of Emergency once the security situation in Egypt is contained and before holding any elections.

-amending Articles 76,77 and 88 and any other constitutional amendments required for the peaceful transition of power.

-forming a committee, including members of the judiciary and political figures to study and propose the constitutional amendments and the necessary constitutional amendments for some laws that are complementary to the constitution with a deadline at the end of the first week of March.

- pursuing and investigating corrupt people and those responsible for the disorder; commanders and officers who have killed the youth, and to bring them to justice immediately.

- not imposing any kind of restriction on the media and communications that goes beyond the law. Halting media campaigns which aim at distorting the people’s revolution.

-forming a national committee of public and independent figures as well as representatives of popular movements that follows up the implementation of what has been agreed upon.

We adhere to the demands of the people and the final word will be for the people.

We have engaged in this dialogue on an equal status with the other parties and with our free will. The responses of the regime to the demands of the people will determine how long the dialogue will continue. Peaceful demonstrations will continue to achieve the people’s demands.

The MB
6 February 2011


rujukan:
http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27977

Saturday, February 05, 2011

Mitos terhadap gerakan Islam

Salam,

Barat amat risau mengenai perkembangan yang berlaku di Mesir. Mereka bimbang kepentingan mereka akan terjejas. Justeru itu mereka timbulkan pelbagai keraguan terhadap kemampuan rakyat Mesir mentadbir negara mereka, jika rejim Mubarak jatuh.


Berikut dikongsikan beberapa wawancara yang berkaitan, antaranya




1. Sh Kamal Helbawi dengan BBC
http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/hardtalk/9384094.stm




2. ElBaradei: Muslim Brotherhood threat is a myth pushed by dictatorial regime
http://www.youtube.com/watch?v=lSVjv3hz3cY


3. Tariq Ramadan and Slavoj Zizek on the future of Egyptian politics

http://www.youtube.com/watch?v=29NffzEh2b0


Semoga bermanfaat

Wednesday, February 02, 2011

Bantuan AS kepada Mesir



Assalamu'alaikum wbth,

Di suasana tegang seperti di Mesir sekarang kita akan dapati banyak informasi yang berguna untuk kegunaan pada dan pengajaran pada masa hadapan. Aspek wajah sebenar barat, sikap negara-negara Islam yang pro barat dan sebagainya.


Biasanya negara barat akan bersikap hipokrit. Jika ia berkata A, hakikatnya ialah B. Berikut saya sertakan sedikit info mengenai pakej bantuan AS kepada Mesir. Maaf kerana ianya adalah di dalam bahasa Inggeris. Semoga bermanfaat.


Bantuan AS kepada Mesir
Egypt has received $28bn in assistance since 1975, according to the US Agency for International Development. While USAID's website says the funds have gone to programs devoted to health, trade and education – among other things – most US aid goes to Egypt's military.

Egypt receives close to $2bn in economic and military aid every year, making it the second largest recipient of US foreign assistance after Israel. Of that, $1.3bn is devoted to military assistance, according to the Congressional Research Service, the public policy arm of the US congress.

One third of Egypt's military aid is used to upgrade its weapons systems - in essence to replace older Soviet weapons with US arms, according to a CRS report.

During the past four days of protests, it's been widely reported that tear gas canisters fired at protesters are stamped "Made in USA".

Among the weapons the US has provided Egypt: F-4 jet aircraft, F-16 jet fighters, armoured personnel carriers, Apache helicopters, antiaircraft missile batteries, and aerial surveillance aircraft, according to the US State Department.

In addition to modernising Egypt's military hardware, the US participates in joint military exercises with the Arab world's most populous nation, including Operation Bright Start, the largest event of its kind in the region.

US wants 'orderly transition'
The basis of US assistance to the country is the Egyptian-Israeli peace treaty of 1979, which promised aid to Egypt in return for maintaining the agreement. The US largely views Egypt as a moderating force in the Arab world and a key mediator in the Israeli-Palestinian conflict.

Critics of Washington's policy towards Egypt argue that the financial assistance does not curry favor with the Egyptian people.

Writing for the Carnegie Endowment for International Peace in 2009, Ahmad Al-Sayed El-Naggar said the money "does not aim to strengthen Egyptian military power against any external threat, as this would be contrary to the declared US objective of ensuring Israeli security and maintaining Israeli military supremacy over its Arab neighbors, including Egypt. Instead, this aid is devoted mainly to strengthening the regime's domestic security and its ability to confront popular movements".

Last December, a leaked US cable released by WikiLeaks revealed there is frustration on the part of Egyptian military officials who believe the $1.3bn a year in military aid is not enough.

According to the cable, the deputy assistant secretary of defence for the Middle East, Dr. Colin Kahl, told them it was unlikely that the US would increase its aid given the "difficult financial times".

He did, however, reassure the Egyptian officials that the US government would continue to advocate for current levels of military assistance, the cable states, "and push back on any attempts to condition those funds".