Tuesday, November 10, 2009

Faktor kejatuhan bangsa Turki

Assalamu'alaikum wbth,
Menurut Abul Hasan An Nadwi, kejayaan Turki tidak kekal lama. Bangsa Turki, seperti bangsa-bangsa lain mulai mengalami fasa kemunduran sesikit demi sedikit. Penyakit lama yang pernah berjangkit pada setiap ummat pun telah berjangkit kepada mereka. Penyakit hasad, saling bermusuhan, para penguasa yang dalam kemewahan, kerosakan moral, korupsi, membiarkan rakyat malas dan pasif. Semua ini berjangkit dengan meluas di kalangan rakyat Turki Ustmaniyah.

Menurut An Nadwi lagi, yang paling parah ialah terbelakangnya mereka dalam bidang persenjataan. Mereka melupakan ayat Allah SWT yang menganjurkan untuk sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi musuh yang mengancam seperti ayat berikut:

Ertinya: Persiapkan untuk mereka sedaya yang mereka mampu seluruh kekuatan dan pasukan kuda yang dapat menakuti musuh-musuh Allah dan kamu.

Dan mereka juga melupakan hadith Nabi SAW yang berbunyi:

Ertinya: Hikmah itu adalah suatu yang hilang yang perlu dicari oleh setiap mukmin. Dimana ia mendapatkannya, maka ia berhak ke atasnya.

Keunggulan dalam bidang persenjataan bagi Turki merupakan sesuatu yang dharuri. Ini kerana kedudukan mereka baik secara politik maupun geografi yang terkepung oleh bangsa Eropah dari semua sudut. Sebenarnya mereka perlu memperhatikan apa yang pernah Amru bin Al Ahs berwasiat kepada Muslimin di Mesir secara langsung, katanya:

Ketahuilah oleh kamu, bahawa kamu sentiasalah hendaknya selalu bersiap siaga disebabkan banyaknya musuh yang ada di sekeliling kamu. Dan hati mereka sentiasa tertumpu kepada kamu dan tempat tinggal kamu.

Setelah zaman berlalu, masyarakat Eropah semakin maju, namun bangsa Turki masih tetap terbelakang, ketinggalan jauh oleh bangsa-bangsa Eropah.

Bersambung….Ketinggalan bangsa Turki dalam bidang ilmu pengetahuan…

Monday, October 05, 2009

Faktor kebangkitan Turki

Salam wbth,


Saudari/i sekalian,


Dalam tulisan kali ini saya ingin berkongsi bahan yang ditulis oleh Abul Hasan Husni An-Nadwi di dalam kitabnya Apa derita bila Islam mundur. Kitab ini merupakan buku yang amat wajar dimiliki dan dibaca oleh generasi kini. Muqaddimah buku ini ditulis oleh Sayyid Qutb rhm.

Dalam tulisan kali ini saya hanya ingin menyentuh faktor kebangkitan Turki yang boleh ambil panduan yang menyebabkan mereka layak memikul teraju dunia pada masa itu.


Bangsa Turki di bawa pimpinan Ustmaniyah mempunyai keistimewaan tersendiri yang melayakkan mereka memegang pimpinan ummat Islam Alami.

Ciri-ciri mereka yang menonjol ialah:-

1. Bangsa Turki yang baru bangkit mempunyai semangat untuk berjihad membela Islam. Mereka masih belum terjangkit keruntuhan moral dan sosial seperti yang tersebar di kalangan masyarakat Islam secara umumnya. Bangsa ini sederhana cara hidup dan pemikirannya.


2. Mereka mempunyai keunggulan teratas dalam bidang persenjataan dan kekuatan angkatan perangnya dapat digunakan untuk meluaskan kekuasaan Islam baik dalam bidang material maupun spriritual untuk mempertahankannya dari serangan musuh-musuh. Untuk itu mereka selalu menggunakan meriam-meriam dan senjata-senjata yang termoden pada masa itu. Sehingga mereka mempunyai keunggulan tersendiri dalam bidang persenjataan dan kemiliteran.


3. Daulah Ustmaniyah mempunyai daerah yang strategis sekali untuk memjadi pimpinan antara bangsa. Mereka berada di Semenanjung Balkan. Dengan ini secara automatik mereka dapa mengawasi Eropah dan Asia. Ibukotanya berada di antara Laut Hitam dan Laut Tengah dan penghubung utama antara dataran Asia dan Eropah. Ibunegaranya, Konstantinopel merupakan kota paling strategik dan paling baik untuk dijadikan ibukota dari suatu negara besar yang berkuasa di Eropah, Asia dan Afrika.
Napoleon Bonaparte ada berkata:

‘Aidaikata dunia ini terdiri dari satu kerajaan maka kota Konstantinopellah yang paling utama untuk dijadikan ibukota.’


bersambung ....Mengapakah berlakunya keruntuhan bangsa Turki?


Wednesday, August 19, 2009

Sebab-sebab kejatuhan khilafah Islamiyyah atau kehilangan kedudukan kita sebagai kuasa besar

Salam wbth,

Ramadan karim! Berikut dikongsi sedikit mengenai sebab-sebab kejatuhan khilafah usmaniyah. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dan berusaha untuk mengembalikan kekuasaan Islam di muka bumi ini.


Islam berkembang sungguh pesat. Tetapi beransur-ansur ummat Islam dihinggapi penyakit yang akhirnya menggadaikan kehebatannya. Bentuk penyakit itu boleh didapati hadir pada lima aspek kehidupan:

1. Politik

Kita dapati dalamannya dikuasai oleh sistem yang bukan Islam, banyak perpecahan dan parti-parti. Luarannya pula dikuasai atau dipengaruhi oleh kuasa asing.

2. Ekonomi

Dalamannya miskin, dikuasai oleh riba dan luarannya di kuasai oleh blok ekonomi asing.

3. Ideologi

Ideologi yang kacau bilau dalam dan kurangnya terikat dengan Islam, undang-undangnya dan nilai akhlaknya (moral). Fahaman atheism menular.

4. Sosial

Meniru cara hidup barat dan peraturan yang tidak Islamik. Sistem pendidikan yang tidak baik, dsb.

5. Psikologi

Rasa putus asa, kemalasan, takut, hina, bakhil di jalan Allah dan kurang persediaan untuk berkorban.

Thursday, June 25, 2009

Orang di belakang tabir

Salam,
Seperti mana dibincangkan dalam siri order baru dunia dan perancangan yahudi antarabangsa dalam siri-siri lalu, antara nama besar yang berselindung ialah Henry A. Kissinger. Beliau merupakan bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, semasa zaman Jimmy Carter.

Sehingga kini, walaupun usianya sudah lanjut, beliau masih berpengaruh. Berikut adalah biografi beliau untuk makluman kita semua. (Maaf kerana artikel di dalam bahasa Inggeris)


Henry Alfred Kissinger was sworn in on September 22, 1973, as the 56th Secretary of State, a position he held until January 20, 1977. He also served as Assistant to the President for National Security Affairs from January 20, 1969, until November 3, 1975. In July 1983 he was appointed by President Reagan to chair the National Bipartisan Commission on Central America until it ceased operation in January 1985, and from 1984-1990 he served as a member of the President's Foreign Intelligence Advisory Board. From 1986-1988 he was a member of the Commission on Integrated Long-Term Strategy of the National Security Council and Defense Department. He is currently a member of the Defense Policy Board.
At present, Dr. Kissinger is Chairman of Kissinger Associates, Inc., an international consulting firm. He is also a member of the International Council of J.P. Morgan Chase & Co.; Chairman of the International Advisory Board of American International Group, Inc.; a Counselor to and Trustee of the Center for Strategic and International Studies; an Honorary Governor of the Foreign Policy Association; and an Honor Member of the International Olympic Committee. Among his other activities, Dr. Kissinger is a member of the Board of Directors of ContiGroup Companies, Inc. and an Advisor to the Board of Directors of American Express Company. He is also a member of the Advisory Board of Forstmann Little and Co.; a Trustee Emeritus of the Metropolitan Museum of Art; a Director Emeritus of Freeport-McMoRan Copper and Gold Inc.; and a Director of the International Rescue Committee.
Among the awards Dr. Kissinger has received have been the Nobel Peace Prize in 1973; the Presidential Medal of Freedom (the nation's highest civilian award) in 1977; and the Medal of Liberty (given one time to ten foreign-born American leaders) in 1986.
Dr. Kissinger was born in Fuerth, Germany, came to the United States in 1938 and was naturalized a United States citizen in 1943. He served in the Army from 1943 to 1946. He graduated summa cum laude from Harvard College in 1950 and received M.A. and Ph.D. degrees from Harvard University in 1952 and 1954.
From 1954 until 1969 he was a member of the faculty of Harvard University, in both the Department of Government and the Center for International Affairs. He was Director of the Harvard International Seminar from 1952 to 1969.
Dr. Kissinger is the author of numerous books such as:
-A World Restored: Castlereagh, Metternich and the Restoration of Peace, 1812-1822 (1957)
-Nuclear Weapons and Foreign Policy (1957)
-The Necessity for Choice: Prospects of American Foreign Policy (1961)
-The Troubled Partnership: A Reappraisal of the Atlantic Alliance (1965)
-Problems of National Strategy: A Book of Readings (ed.) (1965)
-American Foreign Policy, Three Essays (1969)
-White House Years (1979)
-For the Record: Selected Statements, 1977-1980 (1981)
-Years of Upheaval (1982)
-Observations: Selected Speeches and Essays, 1982-1984 (1985)
-Diplomacy (1994)
-Years of Renewal (1999)
-Does America Need a Foreign Policy?: Toward a Diplomacy for the 21st Century (2001)
-Ending the Vietnam War: A History of America's Involvement in and Extrication from the Vietnam War (2003)
-Crisis: The Anatomy of Two Major Foreign Policy Crises (2003)
He has also published numerous articles on United States foreign policy, international affairs and diplomatic history. His column, syndicated by Tribune Media Services International, appears in leading newspapers in the U.S. and abroad.
Dr. Kissinger is married to the former Nancy Maginnes and is the father of two children by a previous marriage.
Rujukan:

Friday, May 22, 2009

By Way Of Deception

Assalamu'alaikum wbth,

Semasa tahun 1992 lalu ada seorang rakan saya yang baru pulang daripada Amerika Syarikat ada menghadiahkan sebuah buku mengenai `Inside story of Mossad’. Buku ini bertajuk By Way of deception: The making and unmaking of Mossad Officer, karangan Victor Ostrovsky. Buku ini menimbulkan kemarahan negara Israel dan berusaha untuk mengharamkannya.

Victor Ostrovsky adalah seorang veteran Mossad, sebuah organisasi keselamatan elit Israel. Beliau mendedahkan pengalaman berharganya sepanjang di dalam perkhidmatan. Pendedahan berani beliau bagaimana Mossad dilatih dengan kemahiran tinggi untuk melakukan pembunuhan, risikan dan sabotaj-sabotaj. Mereka mendapat autonomi penuh di negara Israel dan seluruh dunia. Pengarang menjelaskan bahawa organisasi ini telah menjadi tidak terkawal hasilan daripada autonomi penuh yang ada pada mereka.

Di dalam buku ini juga, Ostrovsky mendedahkan :
a. Metod anih latihan psikologi yang diberikan..
b. Tatacara latihan pegawai mereka…
c. Hal terpeinci operasi-operasi mereka di peringkat internasional- dan kesan operasi-operasi mereka yang berakhir dengan pembunuhan.
Ringkasnya, Ostrovsky mendedahkan rahsia Mossad secara terpeinci di mana hanya orang yang bergelumang di dalam Mossad sahaja yang mengetahui. Pendedahan beliau termasuk cerita di sebalik pengeboman janakuasa nuklear Iraq pada tahun 1981 lalu.
Komen:
1. Buku yang baik untuk dibaca oleh kita semua. Musuh merancang, tetapi kita menang dengan iman, taqwa dan perancangan kita di hadapan Allah SWT.

2. Hasil daripada perbincangan dengan mereka yang ahli dengan ehwal pakatan jahat antara bangsa, Victor Ostrovsky mendedahkan rahsia-rahsia Mossad kekuatan Israel agar orang lain termasuk kaum Muslimin menjadi lemah semangat mereka untuk berhadapan dengan mereka.
Selamat membaca.

Wednesday, May 06, 2009

Sebab-sebab terjadinya perang Salib

Salam,

Dalam siri kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang sedikit ini mengenai perang salib. Semasa saya sekolah dulu, bab ini ada dalam buku sejarah. Namun kini ianya telah tiada. Kita perlu belajar dari sejarah, agar dunia ini dapat aman dengan keadilan Islam.


Menurut analisa yang dibuat oleh Dr Muhammad Sayyid Al Wakil, pengarang kitab Lahmatun min tarikhid da’wah asbabu dha’fi fi ummatil islamiyah, penyebab utama meletusnya perang salib adalah kedengkian orang-orang Kristian kepada Islam dan umat Islam. Sebagaimana diketahui, umat Islam berhasil merebut wilayah-wilayah strategik yang sebelum ini mereka kuasai, membebaskan hamba yang mereka tawan, dan mengambil kerajaan yang mereka kuasai. Akibatnya kedengkian mengalir dalam dada mereka dan api permusuhan memanas dalam jiwa mereka. Mereka menunggu-nunggu kesempatan yang tepat untuk meraih kembali apa yang hilang dari tangan mereka, balas dendam terhadap ummat Islam yang mengalahkan mereka dan merobek-robek kerajaan mereka.

Kesempatan yang mereka tunggu-tunggu datang apabila umat Islam LEMAH dan kehilangan JATI DIRI. Para tokoh agama Kristian bangkit menyeru pembersihan tanah suci di Palestin dari tangan kaum Muslimin dan membangun gereja dan pemerintahan Eropah di dunia timur. Peperangan mereka melawan kaum Muslimin dinamakan perang salib kerana tentera Kristian menjadikan salib sebagai simbol suci mereka dan meletakkannya di atas bahu masing-masing.
Sebab-sebab lain yang mendorong orang Kristian terjun ke medan perang bertahun-tahun adalah seperti berikut:

a. Perasaan keagamaan yang kuat
Orang Kristian yakin kekuatan gereja dan kemampuannya untuk menghapus dosa walaupun setinggi langit.

b. Perlakuan kasar orang-orang Saljuk terhadap orang-orang Kristian
Negara Islam selain Dinasti Saljuk memperlakukan orang-orang Kristian sesuai dengan semangat toleransi Islam.Mereka izinkan orang-orang Kristian menunaikan ibadah di gereja-gereja suci mereka di baitul Maqdis. Di pihak lain, orang-orang Saljuk bersikap keras terhadap mereka kerana mereka belum lama memeluk Islam.

c. Cita-cita pope
Pope bercita-cita menggabungkan gereja timur ke dalam kekuasaannya. Ia merasakan mereka dalam keadaan yang kuat. Justeru itu ia nak menjadikan dunia Kristian seluruhnya menjadi satu Negara agama Kristian yang dipimpin pangsung oleh Pope dan mengusir kaum Muslimin dari baitul Maqdis.

Pengarang juga menambah lagi, di antara sebab lain juga ialah kegemaran tentera-tentera dan tokoh-tokoh kristian membuat kerosakan dan melancong ke Negara-negara lain dan cita-cita pada pengusa untuk mendirikan pemerintahan barat di dunia timur yang ada kaitan dengan dunia Islam.
Rujukan:
Dr. Muhammad Sayyid Al-Wakil, Wajah dunia Islam: dari dinasti bani umayyah hingga imperialisme moden, Pustaka Kauthar, m.s. 165-166.

Thursday, April 30, 2009

SEJARAH RINGKAS PLO

Salam,

Rakan-rakan yang dikasihi Allah, Dalam kesempatan kali ini saya ingin berkongsi bahan mengenai sejarah ringkas PLO. Ianya agak dekat dengan hal yang berlaku dengan di Palestin dewasa ini. Semoga bermanfaat.


Dalam satu perjumpaan pemimpin-pemimpjn negara Arab, pada tahun 1964, mereka telah menubuhkan 'Army for the Liberation of Palestine'. Telah kita ketahui bahawa ini adalah perancangan negara-negara Barat, dengan tujuan akhirnya untuk menjualkan Palestin kepada mereka (Barat).

Setelah ditubuhkan, kumpulan itu pun mula melakukan aktiviti-aktiviti menentang Yahudi seperti menyerang dan membunuh beberapa orang Yahudi, untuk mendapat kepercayaan dari masyarakat Islam dan Arab bahawa mereka ini benar-benar memperjuangkan nasib umat Palestin dan menentang Yahudi. Mereka akan sentiasa melakukan kerja-kerja ini sehinggalah mereka telah mencapai ke tahap di mana mereka adalah wakil tunggal bagi rakyat Palestin. Jadi, pada masa itu, apabila mereka menjual Palestin maka ia telah dijual oleh orang-orang Palestin sendiri.

Setahun kemudian pertubuhan itu ditukar namanya kepada 'Palestine Liberation Organization' atau PLO, dengan ketuanya pada masa itu iaitu Ahmad Syukhir. Di dalam PLO, ada satu cawangan yang dinamakan Al Fatah, yang menjadi cukup terkenal kerana mereka banyak melakukan serangan-serangan ke atas Yahudi.

Dalam pilihanraya PLO yang diadakan pada tahun 1969, ketua Al Fatah pada masa itu iaitu Yasser Arafat telah dilantik menjadi pemimpin PLO. Banyak kumpulan-kumpulan kecil yang lain telah menyertai PLO. Mulai pada awal 70an, kerajaan negara-negara lain mula mengiktiraf PLO sebagai wakil tunggal rakyat Palestin. Bahkan PBB pun telah mengiktiraf PLO. Di sini nampak semakin jelaslah perancangan mereka PLO mempunyai wakil-wakil di berbagai negara di dunia dan wang ringgit mencurah-curah masuk kepada mereka PLO menjadi cukup kaya sehingga ia mampu memberi pinjaman kepada negara-negara Arab yang memerlukan duit.

Pada penghujung tahun 80an, kejadian-kejadian yang berlaku menunjukkan mereka telah semakin dekat dengan matlamat mereka. PLO telah mengisytiharkan 'negeri Palestin'. Radio-radio Arab apabila menyebut nama Arafat, mereka memanggilnya presiden Arafat. PLO juga telah dipersiapkan dengan pasukan polis yang akan digunakan apabila mereka mendapat Palestin kelak. Seramai 10,000 orang telah dipilih untuk mendapat latihan di Eropah.

Seterusnya, berlakulah apa yang kita lihat baru-baru ini di mana PLO telah mengiktirafkan Israel secara terbuka. Kemudian, negara-negara yang selama ini berpura-pura menentang Yahudi akan menunjukkan siapa mereka sebenarnya dengan satu demi satu daripada negara-negara tersebut mula mengiktiraf negara Israel.

Bahkan, Perdana Merited Israel sendiri, Yitzhak Rabin baru-baru ini berkata bahawa PLO akan dapat mendiamkan Ikhwan.

Dari sini cukup jelaslah kerjasama antara mereka untuk memusnahkan Islam. Orang-orang kafir apabila mereka membuat sesuatu perjanjian, mereka menulis apa yang patut dibuat dalam setiap langkah dengan teliti sekali.

Jadi apabila Rabin mengatakan bahawa PLO akan mendiamkan gerakan Islam, bukanlah bermakna PLO sekadar memberi persetujuan bahawa mereka akan bertindak ke atas gerakan Islam tetapi persetujuan itu diikuti dengan perancangan yang teliti tentang apakah yang patut dilakukan oleh PLO untuk menghapuskan gerakan Islam. Ertinya dalam masa sekian-sekian, PLO hendaklah berbuat begini-begini dan seterusnya. Bahkan Rabin juga berkata bahawa mereka akan menunggu selama sembilan bulan untuk melihat bagaimanakah kejayaan PLO dalam tempoh tersebut.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah (swt) agar membantu kita dan agar Allah menggagalkan perancangan jahat orang-orang kafir dan mengembalikan perancangan jahat mereka itu kepada mereka sendiri.
wassalam.