Friday, May 22, 2009

By Way Of Deception

Assalamu'alaikum wbth,

Semasa tahun 1992 lalu ada seorang rakan saya yang baru pulang daripada Amerika Syarikat ada menghadiahkan sebuah buku mengenai `Inside story of Mossad’. Buku ini bertajuk By Way of deception: The making and unmaking of Mossad Officer, karangan Victor Ostrovsky. Buku ini menimbulkan kemarahan negara Israel dan berusaha untuk mengharamkannya.

Victor Ostrovsky adalah seorang veteran Mossad, sebuah organisasi keselamatan elit Israel. Beliau mendedahkan pengalaman berharganya sepanjang di dalam perkhidmatan. Pendedahan berani beliau bagaimana Mossad dilatih dengan kemahiran tinggi untuk melakukan pembunuhan, risikan dan sabotaj-sabotaj. Mereka mendapat autonomi penuh di negara Israel dan seluruh dunia. Pengarang menjelaskan bahawa organisasi ini telah menjadi tidak terkawal hasilan daripada autonomi penuh yang ada pada mereka.

Di dalam buku ini juga, Ostrovsky mendedahkan :
a. Metod anih latihan psikologi yang diberikan..
b. Tatacara latihan pegawai mereka…
c. Hal terpeinci operasi-operasi mereka di peringkat internasional- dan kesan operasi-operasi mereka yang berakhir dengan pembunuhan.
Ringkasnya, Ostrovsky mendedahkan rahsia Mossad secara terpeinci di mana hanya orang yang bergelumang di dalam Mossad sahaja yang mengetahui. Pendedahan beliau termasuk cerita di sebalik pengeboman janakuasa nuklear Iraq pada tahun 1981 lalu.
Komen:
1. Buku yang baik untuk dibaca oleh kita semua. Musuh merancang, tetapi kita menang dengan iman, taqwa dan perancangan kita di hadapan Allah SWT.

2. Hasil daripada perbincangan dengan mereka yang ahli dengan ehwal pakatan jahat antara bangsa, Victor Ostrovsky mendedahkan rahsia-rahsia Mossad kekuatan Israel agar orang lain termasuk kaum Muslimin menjadi lemah semangat mereka untuk berhadapan dengan mereka.
Selamat membaca.

Wednesday, May 06, 2009

Sebab-sebab terjadinya perang Salib

Salam,

Dalam siri kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang sedikit ini mengenai perang salib. Semasa saya sekolah dulu, bab ini ada dalam buku sejarah. Namun kini ianya telah tiada. Kita perlu belajar dari sejarah, agar dunia ini dapat aman dengan keadilan Islam.


Menurut analisa yang dibuat oleh Dr Muhammad Sayyid Al Wakil, pengarang kitab Lahmatun min tarikhid da’wah asbabu dha’fi fi ummatil islamiyah, penyebab utama meletusnya perang salib adalah kedengkian orang-orang Kristian kepada Islam dan umat Islam. Sebagaimana diketahui, umat Islam berhasil merebut wilayah-wilayah strategik yang sebelum ini mereka kuasai, membebaskan hamba yang mereka tawan, dan mengambil kerajaan yang mereka kuasai. Akibatnya kedengkian mengalir dalam dada mereka dan api permusuhan memanas dalam jiwa mereka. Mereka menunggu-nunggu kesempatan yang tepat untuk meraih kembali apa yang hilang dari tangan mereka, balas dendam terhadap ummat Islam yang mengalahkan mereka dan merobek-robek kerajaan mereka.

Kesempatan yang mereka tunggu-tunggu datang apabila umat Islam LEMAH dan kehilangan JATI DIRI. Para tokoh agama Kristian bangkit menyeru pembersihan tanah suci di Palestin dari tangan kaum Muslimin dan membangun gereja dan pemerintahan Eropah di dunia timur. Peperangan mereka melawan kaum Muslimin dinamakan perang salib kerana tentera Kristian menjadikan salib sebagai simbol suci mereka dan meletakkannya di atas bahu masing-masing.
Sebab-sebab lain yang mendorong orang Kristian terjun ke medan perang bertahun-tahun adalah seperti berikut:

a. Perasaan keagamaan yang kuat
Orang Kristian yakin kekuatan gereja dan kemampuannya untuk menghapus dosa walaupun setinggi langit.

b. Perlakuan kasar orang-orang Saljuk terhadap orang-orang Kristian
Negara Islam selain Dinasti Saljuk memperlakukan orang-orang Kristian sesuai dengan semangat toleransi Islam.Mereka izinkan orang-orang Kristian menunaikan ibadah di gereja-gereja suci mereka di baitul Maqdis. Di pihak lain, orang-orang Saljuk bersikap keras terhadap mereka kerana mereka belum lama memeluk Islam.

c. Cita-cita pope
Pope bercita-cita menggabungkan gereja timur ke dalam kekuasaannya. Ia merasakan mereka dalam keadaan yang kuat. Justeru itu ia nak menjadikan dunia Kristian seluruhnya menjadi satu Negara agama Kristian yang dipimpin pangsung oleh Pope dan mengusir kaum Muslimin dari baitul Maqdis.

Pengarang juga menambah lagi, di antara sebab lain juga ialah kegemaran tentera-tentera dan tokoh-tokoh kristian membuat kerosakan dan melancong ke Negara-negara lain dan cita-cita pada pengusa untuk mendirikan pemerintahan barat di dunia timur yang ada kaitan dengan dunia Islam.
Rujukan:
Dr. Muhammad Sayyid Al-Wakil, Wajah dunia Islam: dari dinasti bani umayyah hingga imperialisme moden, Pustaka Kauthar, m.s. 165-166.

Thursday, April 30, 2009

SEJARAH RINGKAS PLO

Salam,

Rakan-rakan yang dikasihi Allah, Dalam kesempatan kali ini saya ingin berkongsi bahan mengenai sejarah ringkas PLO. Ianya agak dekat dengan hal yang berlaku dengan di Palestin dewasa ini. Semoga bermanfaat.


Dalam satu perjumpaan pemimpin-pemimpjn negara Arab, pada tahun 1964, mereka telah menubuhkan 'Army for the Liberation of Palestine'. Telah kita ketahui bahawa ini adalah perancangan negara-negara Barat, dengan tujuan akhirnya untuk menjualkan Palestin kepada mereka (Barat).

Setelah ditubuhkan, kumpulan itu pun mula melakukan aktiviti-aktiviti menentang Yahudi seperti menyerang dan membunuh beberapa orang Yahudi, untuk mendapat kepercayaan dari masyarakat Islam dan Arab bahawa mereka ini benar-benar memperjuangkan nasib umat Palestin dan menentang Yahudi. Mereka akan sentiasa melakukan kerja-kerja ini sehinggalah mereka telah mencapai ke tahap di mana mereka adalah wakil tunggal bagi rakyat Palestin. Jadi, pada masa itu, apabila mereka menjual Palestin maka ia telah dijual oleh orang-orang Palestin sendiri.

Setahun kemudian pertubuhan itu ditukar namanya kepada 'Palestine Liberation Organization' atau PLO, dengan ketuanya pada masa itu iaitu Ahmad Syukhir. Di dalam PLO, ada satu cawangan yang dinamakan Al Fatah, yang menjadi cukup terkenal kerana mereka banyak melakukan serangan-serangan ke atas Yahudi.

Dalam pilihanraya PLO yang diadakan pada tahun 1969, ketua Al Fatah pada masa itu iaitu Yasser Arafat telah dilantik menjadi pemimpin PLO. Banyak kumpulan-kumpulan kecil yang lain telah menyertai PLO. Mulai pada awal 70an, kerajaan negara-negara lain mula mengiktiraf PLO sebagai wakil tunggal rakyat Palestin. Bahkan PBB pun telah mengiktiraf PLO. Di sini nampak semakin jelaslah perancangan mereka PLO mempunyai wakil-wakil di berbagai negara di dunia dan wang ringgit mencurah-curah masuk kepada mereka PLO menjadi cukup kaya sehingga ia mampu memberi pinjaman kepada negara-negara Arab yang memerlukan duit.

Pada penghujung tahun 80an, kejadian-kejadian yang berlaku menunjukkan mereka telah semakin dekat dengan matlamat mereka. PLO telah mengisytiharkan 'negeri Palestin'. Radio-radio Arab apabila menyebut nama Arafat, mereka memanggilnya presiden Arafat. PLO juga telah dipersiapkan dengan pasukan polis yang akan digunakan apabila mereka mendapat Palestin kelak. Seramai 10,000 orang telah dipilih untuk mendapat latihan di Eropah.

Seterusnya, berlakulah apa yang kita lihat baru-baru ini di mana PLO telah mengiktirafkan Israel secara terbuka. Kemudian, negara-negara yang selama ini berpura-pura menentang Yahudi akan menunjukkan siapa mereka sebenarnya dengan satu demi satu daripada negara-negara tersebut mula mengiktiraf negara Israel.

Bahkan, Perdana Merited Israel sendiri, Yitzhak Rabin baru-baru ini berkata bahawa PLO akan dapat mendiamkan Ikhwan.

Dari sini cukup jelaslah kerjasama antara mereka untuk memusnahkan Islam. Orang-orang kafir apabila mereka membuat sesuatu perjanjian, mereka menulis apa yang patut dibuat dalam setiap langkah dengan teliti sekali.

Jadi apabila Rabin mengatakan bahawa PLO akan mendiamkan gerakan Islam, bukanlah bermakna PLO sekadar memberi persetujuan bahawa mereka akan bertindak ke atas gerakan Islam tetapi persetujuan itu diikuti dengan perancangan yang teliti tentang apakah yang patut dilakukan oleh PLO untuk menghapuskan gerakan Islam. Ertinya dalam masa sekian-sekian, PLO hendaklah berbuat begini-begini dan seterusnya. Bahkan Rabin juga berkata bahawa mereka akan menunggu selama sembilan bulan untuk melihat bagaimanakah kejayaan PLO dalam tempoh tersebut.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah (swt) agar membantu kita dan agar Allah menggagalkan perancangan jahat orang-orang kafir dan mengembalikan perancangan jahat mereka itu kepada mereka sendiri.
wassalam.

Wednesday, April 22, 2009

DUNIA ARAB Siri 6 (akhir)

Salam wbth,

Revolusi di dalam komunikasi

Revolusi komunikasi dianggap sebagai suatu yang membawa kepada perkembangan pendidikan dan teknologi. Perkembangan pendidikan pula membawa kepada berkurangnya orang yang buta huruf. Hasil darinya, pendaftaran sekolah pelajar-pelajar meningkat, penghasilan surat-khabar dan buku-buku juga meningkat. Pengguna radio juga meningkat dan di masa yang sama kehadiran penonton di panggung wayang juga meningkat dan produksi filem-filem juga meningkat.

Semua ini membuka kepada satu bentuk pemikiran dan perbincangan yang baru, yang mempersoalkan kembali orang berkuasa serta corak hidup lama yang wujud. Seorang British bernama Walter Bagehot menganggap zaman kini sebagai "age of discussion" atau alam perbincangan, tapi pada hakikatnya, kenyataannya ada kaitan dengan usaha-usaha melonggarkan struktur dunia Arab melalui komunikasi. Katanya:

"Sengaja diwujudkan tajuk untuk menjadikannya bahan perbincangan. ... Dengan perbincangan ini, tajuk tersebut tidak akan terikat kepada sesuatu undang-undang yang ada....la secara tidak langsung menunjukkan pengakuan bahawa tidak wujudnya satu kuasa yang mutlak dan mulia atau "sacred authority".

Menurut Morroe Berger, pertambahan sentimen kebangsaan Arab mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan pelajaran dan perkembangan akhbar di akhir abad ke sembilan belas. Nuseibah sendiri pernah berkata:

"Faktor yang membentuk negara di dunia Arab bukanlah organisasi pusat politik mahupun geografi. la adalah komunikasi sosial. Akhbar moden, radio dan panggung wayang menjalankan kerja yang lebih berkesan di dalam membentuk sebuah negara Arab dari semua gabungan faktor-faktor lain. Dunia Arab tidak mempunyai pimpinan politik dan ekonomi yang boleh diakui, tetapi ia mempunyai pimpinan intelek yang kuasanya tidak mengenal sempadan politik..."

Revolusi komunikasi telah membawa kesan dan menembus masuk hingga ke kampung-kampung orang Arab. Politik telah menggantikan adat-adat tradisi dan menjadi suatu suasana untuk meletupkan rasa emosi dan keganasan. Dalam hal ini, akhbar dan radiolah yang memainkan peranan yang utama. Menurut Morroe Berger, sejak detik pertama radio dan televisyen menjaga sesebuah negara, di masa yang sama, satu demi satu ia berjalan beriringan bersamanya menuju kepada "kemajuan".
w/a

Sunday, April 12, 2009

DUNIA ARAB Siri 5

Assalamu’laikum wbth,

Morroe Berger menjelaskan bahawa terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam melakukan perubahan kepada dunia Arab:
1) Melihat kepada bidang komunikasi dan industri moden sebagai dua bidang yang boleh membawa kepada perubahan yang mendalam, juga sebagai tenaga perubahan yang berkesan dalam melakukan perubahan-perubahan yang kemudiannya.

2) Mengambil kira beberapa perkara yang dapat digunakan untuk melakukan "dislocation" atau kerosakan di dalam elemen hidup masyarakat Arab.

3) Melihat bagaimana proses "perubahan" dan "meminjam" memberi kesan pada hubungan antara Barat dan dunia Arab.

Perkara pertama yang cuba diubah oleh pihak Barat ke atas dunia Arab ialah sikap terhadap perubahan itu sendiri. Dalam hal ini, pihak Barat mendapati bahawa mereka adalah suatu bangsa yang tidak sabar, aktif dan penuh harapan, manakala orang Oriental adalah bangsa yang suka melengah-lengah, serius dan penyabar.
Walau bagaimanapun, bangsa Arab telah mengejar semangat perubahan. Sikap tidak senang duduk dan tidak sabar ini mula mendorong di kalangan elit berpelajaran, merangka plan untuk melakukan perubahan sosial, lebih mendalam dari perubahan yang kuasa Barat sendiri berani untuk melakukannya.
Keghairahan ke arah perubahan ini, ditambah dengan wujudnya sentimen kebangsaan, menyebabkan lahir perasaan "ambivalence" atau perasaan yang tidak menentu terhadap masa-masa lepas. Di satu sudut, ia mencari penerusan kepada kuasa dan kebudayaan tradisi Arab. Di satu sudut yang lain, ia ingin menolak tradisi yang dianggap beku, memalukan dan penghalang kepada definasi baru "kemajuan".
Seorang saintis politik Arab yang dilatih di Barat bernama Nuseibah pernah berkata:
"... di dalam sejarah tradisi itu sendiri, terdapat dua senjata: ia menyumbangkan ke arah kesatuan dengan cara menghidupkan memori orang-orang tua dan menghilangkannya dengan cara menghidupkan episod hidup yang tawar, yang mana setiap sejarah terikat dengannya."
Nuseibah berkata bahawa ia tidak menafikan masa-masa lepas serta pengaruhnya terhadap masa kini, tetapi ia menekankan perbezaan antara Arab kini dengan Arab di era-era yang lebih awal. Dalam rangkanya untuk melepaskan Arab dari ikatan sejarah, dia menyoal dengan katanya:
"... kenapa teori-teori dan amalan-amalan ribuan tahun yang lalu dianggap lebih utama dan "innate"... dari yang ada di abad ini?'
Sebenarnya, perasaan untuk berubah akan menukarkan pendekatan seseorang di dalam mempelajari masa-masa lepas. Ini akan menyebabkan seseorang menilai kembali masa lepas dan mewujudkan sikap yang kritikal dan perbincangan yang terbuka terhadapnya. Keinginan untuk menerima idea-idea yang baru, lahir, dan ianya, secara langsung atau tidak memberikan kesan kepada setiap aspek kehidupan Arab.
Bersambung...

Monday, March 30, 2009

DUNIA ARAB Siri 4

Salam wbth,

Manusia sebagai agen perubahan

Bagaimanakah perubah berbeza dengan yang diubah dari segi kelas sosial, kerakyatan, agama, pendidikan dan pekerjaan?

Perubahan itu sendiri pula boleh dikelaskan kepada sengaja dan dirancang atau tidak sengaja dan tidak dirancang. Apakah pula elemen yang wujud di dalam sesuatu masyarakat itu, yang menentukan kadar kelajuan perubahan, iaitu sama ada laju atau perlahan?

Di bawah adalah beberapa trend yang sedang berlaku di dunia Arab dalam dekad yang baru ini:

-Kemasukan besar-besaran orang-orang kampung ke bandar-bandar dan sektor perindustrian.

-Pengenalan metod dan alat-alat baru di dalam perladangan.

-Perkembangan komunikasi dan ini termasuklah peningkatan dari segi pendidikan dan kebolehan membaca, kelahiran elit baru yang terdidik dengan pendidikan barat serta bertambahnya penonton mass media.

Merosotnya kuasa agama.

Kelahiran negara-negara baru yang disokong oleh sentimen kebangsaan. la berkembang luas dari para-para elit hinggalah kepada massa yang mana hingga kini mereka berada di luar dari masyarakat politik.

Bentuk baru perhubungan sesebuah keluarga, dan ini termasuklah perkembangan persamaan kaum wanita dan kelonggaran "only male domination" atau hanya lelaki sahaja yang berkuasa di dalam sebuah keluarga, kepada kekuasaan "parental authority" atau kekuasaan ibubapa bersama. (Nota pent: Maksudnya, kaum lelaki bukanlah lagi sebagai ketua keluarga tetapi dibahagi-bahagikan kuasanya dengan wanita-Allahu'alam)

Lahirnya bentuk politik baru di dalam perlembagaan ke arah pemerintahan ketenteraan dan perlaksanaan kod-kod sekular atau undang-undang sekular.

Pertambahan penggunaan sains dan teknologi di dalam industri, pertanian dan perubatan.

Bersambung...

Tuesday, March 24, 2009

DUNIA ARAB Siri 3

Assalamu'alaikum wbth,

PERANCANGAN PERUBAHAN SOSIAL KE ATAS DUNIA ARAB

Seorang penulis Barat berbangsa Yahudi bernama Morroe Berger yang menulis buku bertajuk "The Arab World Today" pada tahun 1962, membahagikan tiga sudut dalam melihat kepada sesuatu perubahan sosial.

Ciptaan-ciptaan baru

Ciptaan-ciptaan baru diperkenalkan ke dalam bidang politik, ekonomi dan agama; contohnya dari segi cara berpakaian, memasak dan cara perumahan. Ciptaan baru juga berlaku di dalam bidang teknologi, pendidikan dan komunikasi.

Wasilah perubahan

Perubahan dapat dilakukan dengan cara penjajahan, pendidikan dan perkembangan industri.
bersambung...