Monday, January 31, 2011

Balasan orang yang membuat zalim

Assalamu'alaikum wbth,

Kita telah melihat berakhirnya diktator yang zalim jatuh seorang demi seorang pada abad lalu seperti:-

a. Shah Iran, di Iran, 1941- 1979.
b. Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos Presiden Filifina yang ke-10, 1965- 1986.
c. Suharto, Presiden Indonesia, 12 Mac 1967 – 21 Mei 1998
d. Zine El Abedine Ben Ali, November 1987 – 14 Januari 2011


Sudah menjadi sunnatullah, orang yang membuat kezaliman akan dibalas di atas kezalimannya ke atas orang lain. Hal ini dijelaskan oleh Ar Rasul SAW ,

` Tidak ada dosa yang lebih disegerakan oleh Allah SWT balasannya kepada pelakunya ketika di dunia ini lagi, iaitu orang yang memutuskan silaturrahim dan membuat zalim'.

HR Abu Dawood

Orang yang dizalimi doanya mustajab. Ar Rasul SAW berpesan kepada Muaz bin Jabal ketika mengutusnya ke Yaman,

`..............hati-hatilah terhadap doa orang yang dizalimi, kerana sesunggunnya antara doanya dan Allah SWT tidak ada hijab.'

Hadith ini memberi peringatan kepada kita untuk menjauhi segala bentuk kezaliman.


Perkembangan terkini pula, di Mesir. Rakyat Mesir tidak kira ideologi politik dan agama telah berpadu tenaga untuk menjatuhkan regim yang ada. Presiden Husni Mubarak telah berkuasa di Mesir sejak tahun 1981 lalu menggantikan Presiden Anwar Sadat yang terbunuh oleh musuh politiknya.


Semoga Allah SWT membantu rakyat Mesir yang dahagakan kebebasan dan mereka dapat membentuk satu negara yang kuat dan menjadi satu kuasa Islam di timur tengah tanpa belenggu Amerika, Britain dan negara barat.