Thursday, July 31, 2008

Kenapa perlu memahami ilmu waqi'e?

Assalamu'alaikum wbth,

Mengetahui waqi' atau suasana semasa adalah sebahagian dari perjuangan kita dalam usaha untuk mendirikan syari'at Islam di bumi Allah ini.

llmu Waqie' ini bolehlah dibahagikan secara kasar:
  1. Mengetahui kekuatan(strength) kita.
  2. Kekuatan pertubuhan-pertubuhan Islam yang ada.

  3. Status pergerakan-pergerakan sebelum kita (dari abad-abad terdahulu).
  4. Keadaan semasa di negara kita.

  5. Apakah perancangan negara-negara lain?

  6. Apakah yang ingin dilakukan oleh "Superpowers' dan musuh yang ada sekarang dan apakah perancangan mereka untuk masa akan datang.
Perancangan-perancangan jahat musuh mempunyai banyak tahap-tahap bermula dari masa mereka mula-mula mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu sehinggalah kepada masa mereka mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan tindakan itu. lanya mungkin akan memakan masa yang cukup lama.



Satu contoh yang baik ialah perancangan mereka supaya berlakunya Perang Teluk dan langkah-langkah ke arah 'New World Order'. Perancangan ini telah mereka mulakan sejak awal tahun 70an. Mereka merancang untuk merangsangkan satu rampasan minyak di Teluk itu dan ini akan memulakan mereka ke arah New World Order. Setelah keputusan dibuat untuk memulakan plan itu, mereka akan mengadakan pula pengkajian dan penyelidikan untuk mengumpul maklumat bagi menjayakan perancangan mereka.

Sebahagian daripada pengkajian mereka ini adalah terbuka dan kita boleh mendapatinya seperti di dalam majalah Foreign Affairs yang dikeluarkan oleh Council of Foreign Relations (CFR). Dalam majalah seperti ini banyak perkara yang dibincangkan jadi sukarlah bagi kita untuk mengetahui apakah perancangan mereka sebenarnya.

Selepas itu mereka akan berpindah pula kepada majalah-majalah yang lebih umum untuk mempengaruhi fikiran orangramai. Pada awal 80an, idea-idea mengenai perancangan mereka mula disiarkan daiam majalah-majalah seperti Time atau Newsweek. Selepas itu barulah mereka merangsang Saddam untuk merampas minyak Kuwait dan memulakan Perang Teluk.



Adalah satu kerugian besar bagi kita kalau kita mengetahui sesuatu perkara itu hanya setelah ia berlaku. Ada satu kata-kata ulama', maksudnya: "Apabila ada kesusahan atau fitnah yang akan menimpa, semua orang 'alim akan tahu mengenainya. Mereka akan mengatakan janganlah kamu berbuat begini-begini kerana Allah SWT. akan berbuat begini-begini kepada kita. Apabila kesusahan itu telah tiba atau selesai, semua orang jahil akan tahu mengenainya." Orang 'alim akan tahu mengenai sesuatu perkara itu sebelum ia berlaku manakala orang jahil hanya tahu mengenainya setelah ia berlaku.

Jadi kalau kita hanya tahu mengenai sesuatu itu setelah ia berlaku maka kita adalah jahil.



Ini adalah tidak sesuai bagi seseorang yang ingin memperjuangkan Islam. Paling kurang hendaklah kita tahu perancangan mereka ketika ia disiarkan di dalam majalah-majalah yang umum. Tetapi adalah lebih baik kalau kita tahu ketika ia disiarkan di dalam majalah-majalah tertentu. Lebih baik lagi kalau kita tahu ketika mereka membuat keputusan untuk melaksanakan perancangan tersebut. Paling baik sekali ialah kalau kita tahu atau kita boleh menjangkakan perancangan mereka itu sebelum mereka membuat keputusan untuk melaksanakannya.


Ringkasnya kita boleh mendapati langkah-langkah seperti di bawah sebelum sesuatu tindakan di buat:













No comments: