Friday, May 22, 2009

By Way Of Deception

Assalamu'alaikum wbth,

Semasa tahun 1992 lalu ada seorang rakan saya yang baru pulang daripada Amerika Syarikat ada menghadiahkan sebuah buku mengenai `Inside story of Mossad’. Buku ini bertajuk By Way of deception: The making and unmaking of Mossad Officer, karangan Victor Ostrovsky. Buku ini menimbulkan kemarahan negara Israel dan berusaha untuk mengharamkannya.

Victor Ostrovsky adalah seorang veteran Mossad, sebuah organisasi keselamatan elit Israel. Beliau mendedahkan pengalaman berharganya sepanjang di dalam perkhidmatan. Pendedahan berani beliau bagaimana Mossad dilatih dengan kemahiran tinggi untuk melakukan pembunuhan, risikan dan sabotaj-sabotaj. Mereka mendapat autonomi penuh di negara Israel dan seluruh dunia. Pengarang menjelaskan bahawa organisasi ini telah menjadi tidak terkawal hasilan daripada autonomi penuh yang ada pada mereka.

Di dalam buku ini juga, Ostrovsky mendedahkan :
a. Metod anih latihan psikologi yang diberikan..
b. Tatacara latihan pegawai mereka…
c. Hal terpeinci operasi-operasi mereka di peringkat internasional- dan kesan operasi-operasi mereka yang berakhir dengan pembunuhan.
Ringkasnya, Ostrovsky mendedahkan rahsia Mossad secara terpeinci di mana hanya orang yang bergelumang di dalam Mossad sahaja yang mengetahui. Pendedahan beliau termasuk cerita di sebalik pengeboman janakuasa nuklear Iraq pada tahun 1981 lalu.
Komen:
1. Buku yang baik untuk dibaca oleh kita semua. Musuh merancang, tetapi kita menang dengan iman, taqwa dan perancangan kita di hadapan Allah SWT.

2. Hasil daripada perbincangan dengan mereka yang ahli dengan ehwal pakatan jahat antara bangsa, Victor Ostrovsky mendedahkan rahsia-rahsia Mossad kekuatan Israel agar orang lain termasuk kaum Muslimin menjadi lemah semangat mereka untuk berhadapan dengan mereka.
Selamat membaca.

Wednesday, May 06, 2009

Sebab-sebab terjadinya perang Salib

Salam,

Dalam siri kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang sedikit ini mengenai perang salib. Semasa saya sekolah dulu, bab ini ada dalam buku sejarah. Namun kini ianya telah tiada. Kita perlu belajar dari sejarah, agar dunia ini dapat aman dengan keadilan Islam.


Menurut analisa yang dibuat oleh Dr Muhammad Sayyid Al Wakil, pengarang kitab Lahmatun min tarikhid da’wah asbabu dha’fi fi ummatil islamiyah, penyebab utama meletusnya perang salib adalah kedengkian orang-orang Kristian kepada Islam dan umat Islam. Sebagaimana diketahui, umat Islam berhasil merebut wilayah-wilayah strategik yang sebelum ini mereka kuasai, membebaskan hamba yang mereka tawan, dan mengambil kerajaan yang mereka kuasai. Akibatnya kedengkian mengalir dalam dada mereka dan api permusuhan memanas dalam jiwa mereka. Mereka menunggu-nunggu kesempatan yang tepat untuk meraih kembali apa yang hilang dari tangan mereka, balas dendam terhadap ummat Islam yang mengalahkan mereka dan merobek-robek kerajaan mereka.

Kesempatan yang mereka tunggu-tunggu datang apabila umat Islam LEMAH dan kehilangan JATI DIRI. Para tokoh agama Kristian bangkit menyeru pembersihan tanah suci di Palestin dari tangan kaum Muslimin dan membangun gereja dan pemerintahan Eropah di dunia timur. Peperangan mereka melawan kaum Muslimin dinamakan perang salib kerana tentera Kristian menjadikan salib sebagai simbol suci mereka dan meletakkannya di atas bahu masing-masing.
Sebab-sebab lain yang mendorong orang Kristian terjun ke medan perang bertahun-tahun adalah seperti berikut:

a. Perasaan keagamaan yang kuat
Orang Kristian yakin kekuatan gereja dan kemampuannya untuk menghapus dosa walaupun setinggi langit.

b. Perlakuan kasar orang-orang Saljuk terhadap orang-orang Kristian
Negara Islam selain Dinasti Saljuk memperlakukan orang-orang Kristian sesuai dengan semangat toleransi Islam.Mereka izinkan orang-orang Kristian menunaikan ibadah di gereja-gereja suci mereka di baitul Maqdis. Di pihak lain, orang-orang Saljuk bersikap keras terhadap mereka kerana mereka belum lama memeluk Islam.

c. Cita-cita pope
Pope bercita-cita menggabungkan gereja timur ke dalam kekuasaannya. Ia merasakan mereka dalam keadaan yang kuat. Justeru itu ia nak menjadikan dunia Kristian seluruhnya menjadi satu Negara agama Kristian yang dipimpin pangsung oleh Pope dan mengusir kaum Muslimin dari baitul Maqdis.

Pengarang juga menambah lagi, di antara sebab lain juga ialah kegemaran tentera-tentera dan tokoh-tokoh kristian membuat kerosakan dan melancong ke Negara-negara lain dan cita-cita pada pengusa untuk mendirikan pemerintahan barat di dunia timur yang ada kaitan dengan dunia Islam.
Rujukan:
Dr. Muhammad Sayyid Al-Wakil, Wajah dunia Islam: dari dinasti bani umayyah hingga imperialisme moden, Pustaka Kauthar, m.s. 165-166.