Friday, May 22, 2009

By Way Of Deception

Assalamu'alaikum wbth,

Semasa tahun 1992 lalu ada seorang rakan saya yang baru pulang daripada Amerika Syarikat ada menghadiahkan sebuah buku mengenai `Inside story of Mossad’. Buku ini bertajuk By Way of deception: The making and unmaking of Mossad Officer, karangan Victor Ostrovsky. Buku ini menimbulkan kemarahan negara Israel dan berusaha untuk mengharamkannya.

Victor Ostrovsky adalah seorang veteran Mossad, sebuah organisasi keselamatan elit Israel. Beliau mendedahkan pengalaman berharganya sepanjang di dalam perkhidmatan. Pendedahan berani beliau bagaimana Mossad dilatih dengan kemahiran tinggi untuk melakukan pembunuhan, risikan dan sabotaj-sabotaj. Mereka mendapat autonomi penuh di negara Israel dan seluruh dunia. Pengarang menjelaskan bahawa organisasi ini telah menjadi tidak terkawal hasilan daripada autonomi penuh yang ada pada mereka.

Di dalam buku ini juga, Ostrovsky mendedahkan :
a. Metod anih latihan psikologi yang diberikan..
b. Tatacara latihan pegawai mereka…
c. Hal terpeinci operasi-operasi mereka di peringkat internasional- dan kesan operasi-operasi mereka yang berakhir dengan pembunuhan.
Ringkasnya, Ostrovsky mendedahkan rahsia Mossad secara terpeinci di mana hanya orang yang bergelumang di dalam Mossad sahaja yang mengetahui. Pendedahan beliau termasuk cerita di sebalik pengeboman janakuasa nuklear Iraq pada tahun 1981 lalu.
Komen:
1. Buku yang baik untuk dibaca oleh kita semua. Musuh merancang, tetapi kita menang dengan iman, taqwa dan perancangan kita di hadapan Allah SWT.

2. Hasil daripada perbincangan dengan mereka yang ahli dengan ehwal pakatan jahat antara bangsa, Victor Ostrovsky mendedahkan rahsia-rahsia Mossad kekuatan Israel agar orang lain termasuk kaum Muslimin menjadi lemah semangat mereka untuk berhadapan dengan mereka.
Selamat membaca.

No comments: