Wednesday, December 22, 2010

Pengetahuan sejarah

Assalamu'alaikum wbth,

Dalam kesempatan kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian melengkapkan diri dengan pengetahuan sejarah. Isi penting ini saya petik dari kitab Syaikh Qardhawi(SYQ) bertajuk tazkirah untuk pendakwah.

Menurut SYQ kita perlu ada pengetahuan tentang sejarah Islam dan sejarah umat Islam. Banyak di antara masalah umat masa kini, secara sejarahnya berakar pada masa lampau. Oleh itu, orang yang tidak faham masa lalu tentulah susah untuk memahami rahsia-rahsia masa kini.

Kita ambil satu contoh, iaitu permusuhan orang Kristian dengan kaum Muslimin. Sesoerang itu tidak akan dapat memahami dengan sempurna jika tidak mengetahui sejarah perang salib, penyebab perang salib, angka kematian, pengaruh dan akibatnya.

Bahkan menurut SYQ lagi, persoalan ini tidak dapat kita fahami dengan sempurna jika kita kurang faham daripada awalnya sekali iaitu sejak berlakunya peperangan Yarmuk, pembukaan Syria, Mesir dan Afrika Utara, pada zaman Khulafa Ar Rasyidin.

Bahkan kita boleh melihat lagi setapak ke belakang lagi pada zaman Ar Rasul SAW semasa peperangan Muktah dan Tabuk.

Sesungguhnya sejarah itu akan berulang....justeru itu fahamilah dan ambilkan pengajaran daripadanya sebaik mungkin.

No comments: