Sunday, December 25, 2011

Sejarah Hari Natal

Assalamu'laikum wbth,

Kita perlu peka dan mengambil tahu mengenai hal semasa dan peristiwa yang berlaku. Berikut saya berkongsikan maklumat yang dipetik dari wikipedia mengenai sejarah hari Krismas.

Penganut Kristian merayakan hari kelahiran Jesus yang disebut sebagai Hari Krismas atau Hari Natal pada 25 Disember pada setiap tahun.
Sarjana Kristian menyatakan tahun sebenar Jesus ialah pada tahun 6 atau 7 sebelum masehi. Mungkin juga pada tahun 8 dan 6 sebelum tarikh masehi. Ketidakpastian tarikh ini tidaklah menghairankan kerana gereja Kristian zaman dahulu tidak mementingkan tarikh. [2]
Hari raya yang terbesar dalam agama Kristian ialah Paskah bukan Hari Natal. Hari Natal itu baru dirayakan di Persidangan Rome tahun 354 m , di Contantinople 376 m dan di Antiochia 388 m Menurut Usener, mulanya Hari lahir Jesus disambut pada 6 Januari. Tetapi Paus Liberius menukar kepada 25 Disember. Gereja-gereja Katholik merayakan hari lahir Jesus pada 7 Januari sehingga sekarang.
Hanya pada 530 masehi tarikh lahir lahir Jesus ditetapkan . Pendeta bangsa Scythian juga ahli nujum bernama Dionzysius Eziguus menetapkan pada 25 Disember , tanpa sebarang alasan munasabah .
Menurut almanak Yulius ,tarikh 25 Disember sebenarnya tarikh lahirnya matahari. Dewa Mithra dilahirkan pada 25 Disember juga . Plitach menyatakan dewa Orisis iaitu dewa orang Mesir lahir pada 27 Disember. Dewa Horus dan dewa Apollo dilahirkan pada 28 Disember. Semua dewa di atas adalah nama dewa matahari.
Dr JJ Ch. Abinene menyatakan hari lahir Jesus mulanya tidak dirayakan kerana perayaan ini menyerupai kebiasaan orang kafir.Dalam Perjanjian Baru tidak pernah disebut perayaan hari natal ini. Namun akhirnya hari lahir Jesus dirayakan juga iaitu pada 6 Januari di Mesir sekitar abad ke-3, di Galilea 360 m dan di Sepanyol 380 m. Kemudian di Rome tetapi tarikhnya 25 disember.

Kesimpulan
Ilmu perbandingan agama merupakan salah satu kompetensi yang perlu ada pada kita. Dengan itu adalah lebih mudah bagi kita menyusun atur perancangan kita agar lebih berkesan, insha Allah.

Rujukan:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Hari_Krismas
2. HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, 1983 , hlm 93.

No comments: