إن الحمد لله، نحمده
ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرورِ أنفسِنا ومن سيئاتِ أعمالنا من يهده الله
فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن سيدنا محمدا
عبدُه و رسوله وصفيه وخليله وعلى آله وصحبه وسلم، أما بعد :
الحمد لله القائل في
محكم تبيانه :
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
[٤٧:٧]
Wahai
orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah
membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Surah Muhammad : 6-7).
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم
بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ
فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ
Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan)
mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan
terbunuh. (Surah at Taubah : 111).
Sidang Jumaat
yang dirahmati Allah.
Inilah mereka yang berada di Gaza wahai kaum Muslimin,
mereka telah menjaga kemuliaan Ummah. Mereka terus bersabar berada di bumi
Palestin Tanah air Ummah Islamiyyah, mereka terus mempertahankan Bumi Palestin
dari terus di jajah oleh Zionis. Mereka tidak pedulikan apa yang akan memberi
kemudaratan kepada mereka walaupun serangan roket bertalu talu sampai tepat
kepada mereka. “Mati di bom ketika berjuang lebih indah daripada mati
kelaparan..!!”
Gaza yang kepung dari segala sudut, dengan tembok
aperthied zionis, di kepong dengan pintu semnpadan Rafah oleh Kerajaan Kudeta
Mesir. Gaza yang hanya sebesar 13Km lebar dan 40Km panjang, didiami oleh 1 Juta
800 Ribu, semakin hari penduduk Gaza semakin meningkat, di sana 1 syahid yang
gugur, maka akan lahir 10 bayi mujahid baru. ’ Gaza sudah di kepung sejak dari 2007, Mujahidin di Gaza terus
berusaha menerajang keluar Zionis dari Gaza akhir tahun 2005, sehingga tentera
Zionis menarik balik penjajahan mereka ke atas Gaza .
Seorang wanita ahli parlimen Israel, bernama Ayelet Shaked berkata:
“Mothers of all
Palestinians must be killed. They have to die and their houses should be demolished so that they cannot
bear any more terrorists".
Terjemahan:
Kesemua wanita
Palestin mesti dibunuh. Mereka perlu
mati dan rumah mereka perlu dimusnahkan.
Jadi dengan itu mereka tidak lagi dapat mengandung dan melahirkan para
pengganas.
Gaza yang di blokade dari segala sudut, mereka telah
menghalang dari barang barang
asas makanan dan bahan bahan ubatan asas dari masuk ke Gaza, sehingga
saat ini Gaza sudah kehabisan keadaan menjadi
kronik lebih lebih lagi dalam suasana perang hari ini. Pada 2008, peperangan
berlanjutan sehingga 22 hari dan memakan korban nyawa melebihi 1500, yang
mangsanya adalah orang awam, mangsanya kanak kanak, mangsanya wanita wanita dan
mangsanya orang orang tua. Yang cedera melebihi 5500, namun dengan kuasa Allah
bayi bayi yang lahir 2 kali ganda daripada angka syuhada’..!!
Ma’asyiral
Muslimin wa Zumratal Mukminin rahimakumullah..!
Gaza pada hari ini bukan hanya melahirkan manusia, tetapi
melahirkan generasi iman yang di didik generasinya dengan al Quran dari kecil,
mereka melahirkan sebanyak 1500 sehingga 3000 penghafaz al Quran, bahkan
kebanyakannya umur yang kurang dari 8 tahun. Dengan kemuliaan dan kekuatan yang
Allah berikan, mereka mampu mendidik anak anak mereka walaupun dengan
kekurangan, walaupun bedilan bom terus menerus di atas rumah rumah mereka,
lantaran bekalan elektrik yang hanya di berikan 4 jam sahaja sehari. Tetapi
Alhamdulillah Allah beri kemenangan sekali lagi kepada al Muqowamah ( Mujahidin
) perjanjian pertukaran tawanan di dalam penjara Zionis, Alhamdulillah 1027
tawanan di bebaskan hanya untuk di tukarkan dengan seorang Askar Yahudi Gilad
Shalit..Allahu akbar..!!
Pertukaran Tawanan ini merupakan permulaan detik
kemenangan kepada Muqowamah ( Mujahidin ), Yahudi terpaksa tunduk dengan syarat
syarat yang di tetapkan oleh Hamas. Namun sejak hari itu, penderitaan rakyat
gaza bertambah, keadaan semakin tenat, ubatan sudah di kira tahap sifar,
bekalan minyak di sekat, minyak yang digunakan untuk menghidupkan generator
untuk hospital kehabisan, ini mengakibatkan banyak kes kes kronik terbiar dan
ada banyak yang syahid akibat dari sekatan bekalan minyak ini. Sehingga hari
ini kerajaan Zionis terus menyekat bekalan air bersih ke Gaza. Bayangkan anak
anak kita yang terus minum air kotor yang kebanyakan dari air kumbahan yang
tidak terperoses. Akibat sekatan minyak, air, ubatan ubatan kronik, banyak yang
terus syahid. Penderitaan tidak mendapatkan rawatan sebaiknya WAJIB kita
rasakan bersama dan kita letakkan keadaan ini pada diri kita..!! sepertimana
yang di serukan dalam Sabda Rasullullah saw.
مَثَلُ
المؤمنين في تَوَادِّهم وتراحُمهم وتعاطُفهم: مثلُ الجسد، إِذا اشتكى منه عضو:
تَدَاعَى له سائرُ الجسد بالسَّهَرِ والحُمِّى
“
Orang mukmin pada kasih, rahmat dan sifat sayang seperti jasad yang satu,
sekiranya satu anggota ,mengadu kesakitan, maka akan merasakan seluruh badan
akan kesakitan itu dengan tidak dapat tidur dan demam (panas)” hadith riwayat
Imam Bukhari dan Muslim.
Sidang Jumaat yang di
kasihi sekalian,
Zionis
hanya mengenal bahasa peperangan, mereka hanya mengetahui bagaimana melakukan
pembunuhan kejam terhadap kanak kanak, wanita, orang tua. Pengeboman terhadap
rumah rumah, sekolah bahkan Masjid yang sedang di penuhi kaum muslimin yang
sedang solat, menjadi mangsa kerakusan Tenteras Zionis dalam menghapuskan
penduduk Palestin terutamanya yang berada di Gaza. Apakah kesalahan mereka?!
Adakah bayaran untuk tanah hak mereka, mereka boleh di bunuh sewenangnya.?!
Kronologi
peperangan yang di beri nama : al ‘Asfun al Ma’kul iaitu jerami yang dimakan
Ulat, Ia bermula Pada 12 Jun 2014, Zionis menuduh Hamas menculik 3 pemuda
yahudi yang akhirnya di jumpai terbunuh di ladang berhampiran dengan Halhol di
Hebron. Dengan tuduhan palsu ini, penduduk Palestin di Tebing Barat banyak yang
di tangkap dalam usaha mencari dalang kepada pembunuhan 3 orang yahudi, ekoran
peristiwa itu sekumpulan Yahudi laknatullah telah menculik seorang budak
bernama Muhammad Abu Khdeir, budak Palestin, beliau di culik ketika ingin
menunaikan Solat Subuh selepas sahur berhampiran dengan Masjidil Aqsa, lantas
di bunuh dengan kejam, beliau di bakar hidup hidup..!! Kejadian kejam ini
membuatkan seluruh penduduk Palestin bangkit, tidak kira di Gaza atau di tebing
barat.
14
Jun 2014 menjadi permulaan Peperangan, Tentera Zionis mula melancarkan 2 roket
ke Gaza, manakala di Tebing Barat atau di Hebron penangkapan besar besaran
terus di lakukan, banyak yang cedera sehingga pada 22 Jun, 2 remaja mati di
tembak. Akibat penangkapan besar besaran ini, 260 adalah daripada kalangan
kanak kanak menjadi tawanan. Tentera Zionis sudah diberi amaran oleh pihak
HAMAS, supaya tidak mencetuskan peperangan, tetapi tentera Zionis terus
membedil Gaza bagi mengalih perhatian daripada kes Muhammad Abu Khdeir yang di
bakar hidup hidup..!
Pada
pemerhatian berita semasa, Israel serang Gaza Palestin kali ini lebih tekad,
berani dan lebih kejam di atas 3 faktor :
1. Hamas dan Fatah berjaya bergabung membentuk
kerajaan perpaduan
2. Setelah Morsi berjaya digulingkan dengan
kejam. Semasa Mesir Ikhwanul Muslimin di bawah pimpinan Dr. Morsi, adakah
Israel serang Gaza Palestin lebih-lebih? Sekarang mereka sudah ada boneka
mereka yang merupakan sekutu kuat zionis Israel.
3. Serangan dilihat banyak tertumpu kepada
bayi dan kanak-kanak kecil serta wanita yang lemah. Ada sebabnya. Strategi
israel memang sasarkan anak kecil kerana mereka adalah tentera Islam masa
depan. Ini kerana jikalau besar nanti mereka juga akan meneruskan keturunan
Palestin pada masa depan. Bunuh mereka sekarang supaya mereka tak sempat jadi
tentera dan tak berpeluang menambah rakyat Palestin. Strategi 2 dalam 1
Ma’asyiral Muslimin wa
Zumratal Mukminin rahimakumullah.!
Sehingga
saat ini, sudah melebihi angka 800 syuhada dari kalangan Kanak kanak, wanita,
orang orang tua dan penduduk awam Gaza, sudah melebihi angka 5000 yang cedera,
sudah melebihi 60 Masjid yang di bom, yang paling menyayat hati ialah apabila
berlaku hujanan bom oleh tentera Zionis laknatullah ke atas penduduk Hayy
Syuja’iyyah di Gaza, mereka menggunakan bom kimia terlarang jenis Fosforus, bom
ini akan membakar daging daging sehingga semua jasad hangus selagi mana da
oksigen dalam badan, dalam penyembelihan ini, hampir 300 orang yang syahid,
bahkan hospital Wafa’ di Hayy Syuja’iyyah juga di Bom. Ini kejahatan yang di
lakukan tentera Zionis.
Ada
orang bijak pandai yang mengatakan:
“Pada awal pagi
penduduk Gaza akan bersahur di Palestin, mungkin mereka akan berbuka puasa di
Syurga”
Penderitaan
rakyat Gaza di bulan Ramadhan bermandikan peluru hidup dan dihujani serangan
bukanlah kali pertama. Tetapi sudah 6 kali Ramadhan…termasuk ketika Intifada
Pertama pada 8 Disember 1987 sehingga 13 September 1993 (6 tahun lamanya)
Sebahagian mangsa seperti Syaima’ al Masry berumur 4
tahun kehilangan seluruh keluarganya dalam serangan tersebut, keluarga al Baty
Bayi berumur 6 bulan menjadi mangsa termuda dalam sejarah peperangan ini.
Sebelum itu Tentera Zionis melancarkan roket kepada sekumpulan kanak kanak yang
sedang bermain bola di tepi pantai dan 4 daripadanya syahid serta merta di
pantai tersebut. Cukup..cukup..cukup..!!
Ibu ibu di Gaza mengucapkan selamat tinggal kepada
anak anak mereka, “ aku bangga anak anak aku syahid, aku bangga semua keluarga
aku syahid, tetapi apa yang dunia dapat? Apa yang kaum muslimin dapat? Pemimpin
arab arab hanya sibuk dengan kekayaan mereka, ya kami adalah pejuang, lebih
baik kami mati berjuang daripada kami mati kelaparan..!!”
Seorang pemuda berbangga apabila semua keluarganya
Syahid termasuk ibunya, ini adalah generasi Iman, ini adalah pengorbanan rakyat
Palestin dalam menjaga hak kita, bumi wakafan kita, bumi isra’ Rasullullah saw,
masjid kita. Rakyat palestin telah memberikan Nyawa mereka, mengorbankan anak anak
kecil mereka, isteri isteri mereka, ibu ibu mereka, ayah ayah mereka, rumah
mereka, ladang mereka… Ya..!! semua adalah pengorbanan mereka, jihad mereka.
Sidang Jumaat yang di
rahmati Allah swt.
Di manakah Keadilan bagi
Rakyat Gaza Palestin?
Mana PBB? Diam membisu…
Mana OIC? Hanya pada nama….
Mana Liga Arab? Tidak nampak impaknya…
Pemimpin besar Islam termasuk dari negara
Arab? Seperti biasa kurang sensitif & tunduk kepada tekanan US….
Nak harapkan kerajaan boneka Mesir? Meraka
hanya mampu buka pintu Rafah untuk pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dan
pemegang pasport negara Mesir sahaja. Hebat kuda tunggangan Israel ini…..
Kini
persoalan kembali kepada kita, apa yang kita bantu untuk kembalikan maruah
kita, apa yang kita bantu untuk kembalikan Masjidil Aqsa, apa yang kita berikan
dan sumbangkan untuk perjuangan saudara kita di Palestin terutamanya yang
berada di Gaza?? Adakah kita sekadar ingin membisu dengan penyembelihan beramai
ramai ini, adakah kita sekadar melihat dan simpati, adakah kita sekadar senang
dengan kemewahan yang kita ada? Keamanan yang kita ada? Adakah kita sanggup
terus melihat saudara kita di Palestin menderita? Anak anak kita di Palestin
bunuh, ibu ibu tua di Palestin di bunuh, rumah rumah di bom, masjid masjid di
bom..?! mana maruah kita sebagai ummah yang bersatu? Mana maruah kita sebagai
ummat Islam?! Mari kita renung renungkan..
بَارَكَ اللهُ لِيْ
وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ
الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
Khutbah kedua :
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الْقاَئِلِ :
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن
يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ ۗ
وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ [٢:٢٥٤]
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian
dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat)
yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi
manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir,
mereka itulah orang-orang yang zalim. ( Al Baqarah : 254 ).
Sidang Jumaat yang di
rahmati Allah swt.
Allah mengingatkan kita bagaimana harta pinjaman yang
Allah berikan kepada kita ini tidak akan memberi manfaat kepada kita, apabila
kita sudah di panggil Allah swt. Banyaknya harta kita apabila kita masuk ke
lubang kubur nanti akan di warisi kepada anak anak kita, kita akan meninggalkan
harta kita, rumah kita, kereta kita semuanya akan dtinggalkan, yang ada pada
kita hanya amal jariah kita.
Mari kita menjadi tangan tangan yang membina kemenangan
demi kemenangan kepada isu Palestin ini, ya Isu Palestin adalah tanggungjawab
kita, bukan hanya tanggungjawab rakyat Palestin, kerana mereka sedang menjadi
menampan kepada musuh kita keatas hak ummah islamiyyah iaitu tanah Palestin dan
Masjidil Aqsa.
من جهَّز غازيًا في سبيل الله فقد غزا، ومن خلف
غازيًا في سبيل الله بخيرٍ فقد غزا
“Sesiapa yang menyediakan kelengkapan seorang mujahid fi sabilillah, maka dia juga telah berperang, sesiapa yang membantu keluarga mujahid fi sabilillah , maka dia juga seperti berperang” riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
“Sesiapa yang menyediakan kelengkapan seorang mujahid fi sabilillah, maka dia juga telah berperang, sesiapa yang membantu keluarga mujahid fi sabilillah , maka dia juga seperti berperang” riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Mari kita sama sama menunjukkan solidarity kita terhadap
perjuangan di Palestin, sudah cukup kita menjadi pemerhati, sudah cukup kita
duduk berdiam diri, mari kita sama hayati hadith ini, mari kita turut sama
dalam perjuangan ini, ingat..!!apabila kita menghulurkan sumbangan dan bantuan
kepada perjuangan Palestin, sama keadaan seperti kita sama sama berjihad
bersama mereka. Hati hati yang beriman dengan Allah dan hari akhirat akan
terpanggil dengan tawaran Allah swt kepada kita, tawaran yang kita tidak mampu
untuk tolak, Allah swt berfirman :-
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ
قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ [٢:٢٤٥]
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada
Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan
balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan”. ( Al Baqarah : 245 ).
Ini lah peluang kita nak gandakan
amalan kita dalam bulan Ramadan ini, tambahan pula kita berada di penghujung
Ramadan dan kita berada di dalam 10 hari yang terakhir, yang di tuntut
melakukan sebanyak banyak amalan ibadah, inilah peluang kita berjual beli
dengan Allah, yang mana Allah sendiri menawarkan dengan Syurga Allah swt,
tidakkah hati nurani kita terpanggil untuk menyahut seruan dan peluang
perniagaan yang paling menguntungkan ini..?? moga moga dengan bantuan kita hari
ini, Allah berikan kita beribadah malam Lailatul Qadr, Allah berikan
syurga...apalah sangat syurga nak dibandingkan dengan harta kita itu. Salurkan
zakat perniagaan anda, zakat pendapatan anda, sedekah, wasiat, wakaf anda,
Nazar anda...inilah peluang kita sebagai membantu perjuangan ini.
Tetapi jangan kita mengambil sikap Bani Israel, yang
apabila di seru untuk melakukan jihad, mereka berpaling dan pergi seperti di
dalam firman Allah swt :-
فَلَمَّا
كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْا إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ [٢:٢٤٦]
" Maka
apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu,
kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui
akan orang-orang yang zalim”. ( Surah al Baqarah : 246 ).
Jangan pula kita
menjadi orang yang menyesal di kemudian hari, apabila kita sudah berjumpa
dengan Allah di akhirat, apabila kita di sudah berada di depan Allah, ketika
matahari sejengkal di atas kepala, kita di soal, “apa yang kita sudah bantu
dalam perjuangan rakyat Palestin, apa yang kita sudah lakukan untuk kembalikan
Masjidil Aqsa kepada ummah islamiyyah? Kita kelu berkata kata. Pada waktu itu
kita akan mula menyesal dan berangan angan untuk kembali kedunia, pada waktu
itu tiada lagi penyesalan dan tiada lagi amalan kebaikan. Ini terakam di dalam
firman Allah swt :-
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ
الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ [٢٣:٩٩]
“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai
ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai
Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)”
لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا
تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ
يَوْمِ يُبْعَثُونَ [٢٣:١٠٠]
"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam
perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat?
Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang
mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal
tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)”.
Justeru itu apa yang perlu kita lakukan secara praktikal untuk
turut serta membela Masjidil Aqsha, Al Quds dan Palestin?
Sheikh
Yusof al-Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili yang merupakan ulamak terkemuka dunia
menegaskan bahawa umat Islam wajib membantu saudaranya yang kesusahan
dalam pelbagai aspek yang diperlukan walaupun terpaksa mengikat perut.
Di atas
mimbar yang mulia ini, saya menyeru
agar:
1) Kita memperbanyakkan doa dan solat hajat memohon agar Allah S.W.T membantu para mujahidin di Palestin dalam menghadapi pihak rejim Zionis Yahudi. Dan juga tidak putus berdoa agar Allah menimpakan kekalahan yang teruk kepada pihak rejim Israel dan menghalau mereka terus dari bumi Palestin.
1) Kita memperbanyakkan doa dan solat hajat memohon agar Allah S.W.T membantu para mujahidin di Palestin dalam menghadapi pihak rejim Zionis Yahudi. Dan juga tidak putus berdoa agar Allah menimpakan kekalahan yang teruk kepada pihak rejim Israel dan menghalau mereka terus dari bumi Palestin.
2) Kita semua hendaklah banyak mendekatkan diri kepada Allah
dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan perbuatan maksiat. Ini
kerana Allah hanya akan menerima doa-doa mereka yang suci dari dosa dan juga
doa-doa mereka yang dekat dengannya.
3) Para semua juga hendaklah berusaha memberikan kesedaran
kepada sanak saudara, rakan taulan, rakan sekerja dan juga masyarakat
sekeliling tentang kesengsaraan umat Islam di Palestin, penjajahan Yahudi ke
atas masjid suci ketiga mereka dan juga kiblat pertama umat islam dan berusaha
menyedarkan mereka terhadap tugas mereka dalam usaha mereka untuk membantu dan
membebaskan masjid al-Aqsa dari penjajahan Israel.
4) Kita juga juga hendaklah menghulurkan zakat, sedekah, derma
dan sumbangan kepada tabung-tabung Palestin, NGO-NGO Islam yang menjalankan
usaha kebajikan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga sesiapa sahaja
yang melakukan usaha membantu saudara mereka di Palestin.
5) Para juga juga diseru agar memboikot barang-barang keluaran
Israel, kerana dengan kekuatan ekonomilah mereka menghancurkan umat Islam dan
masjidil Aqsa di Palestin. Begitu juga para jemaah juga diseru agar memboikot
juga barang-barang keluaran Amerika Syarikat yang merupakan sekutu utama dan
pembekal senjata kepada Israel untuk membunuh umat Islam.
Ingatlah fatwa Sheikh Yusof Al QArdhawi: Seringgit yang kita
gunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan seringgit untuk zionis
Israel membeli sebutir peluru membunuh kanak-kanak palestin.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ
لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ
ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ
وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ
وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ
الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ
الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ
دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ
أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ
يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ
شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ
أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا
مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ
السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ
وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ (Nama Sultan atau Agung ) غَفَرُ
اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ
حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي
الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ
الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ،
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
No comments:
Post a Comment