Wednesday, August 27, 2008

Pakatan Jahat Antarabangsa siri 7

Assalamu'alaikum wbth,

KAJIAN LYNDON LAROUCHE

Menurut Lyndon LaRouche, wabak AIDS adalah hasil perancangan jahat yahudi untuk mengurangkan jumlah penduduk dunia. LaRouche ialah bekas calon presiden US. Beliau sekarang sedang dipenjarakan dan telah dua kali beliau bertanding untuk jawatan presiden US dari dalam penjara. Beliau dipenjarakan kerana menentang Henry Kissinger, yang merupakan seorang yang cukup berpengaruh di US ini, dan dipercayai adalah salah seorang daripada 13 orang pimpinan yahudi itu.

LaRouche benar-benar anti Kissinger dan beliau banyak mendedahkan rancangan-rancangan jahat yahudi dan mengatakan itu adalah perancangan Kissinger. Lalu beliau dan beberapa orang pengikut beliau telah diperangkap untuk melakukan satu kesalahan dan kemudiannya dipenjarakan hingga sekarang. Beliau mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan beliau mempunyai satu akhbar 'New Federalist' yang dikeluarkan dua minggu sekali. Melalui akhbar inilah LaRouche menyebarkan pandangan-pandangannya seperti ramalannya tentang Perang Teluk sebulan sebelum perang itu berlaku.

Menurut LaRouche lagi, wabak AIDS itu telah dirancang oleh Kissinger dan kuncu-kuncunya di bawah rancangan mereka, 'Project 2000', yang dirancang pada tahun 1973. Di bawah projek ini, mereka merancang untuk mengurangkan jumlah penduduk dunia kepada dua billion pada tahun 2000 dengan menggunakan kebuluran, wabak penyakit, peperangan dan Iain-lain lagi. Semua negeri-negeri sasaran mereka adalah negeri Islam. Antaranya ialah Nigeria, Mesir, Indonesia, India, Bangladesh, dan Turki.

Menurut beliau lagi, Kerajaan US sengaja merahsiakan cara-cara sebenar AIDS boleh merebak supaya wabak itu boleh merebak dengan lebih teruk lagi. Perubatan juga adalah salah satu daripada cara mereka untuk mengurangkan populasi. Ini cukup mudah bagi mereka untuk melaksanakannya kerana bidang perubatan ini dikuasai sepenuhnya oleh yahudi. Mereka boleh mengenakan suntikan-suntikan yang boleh membunuh secara perlahan, suntikan yang membawa penyakit dan Iain-lain lagi.

Apabila Stalin berpaling tadah menentang yahudi salah satu perkara yang dilakukannya ialah membunuh doktor-doktor yahudi. Kandungan fluoride yang tinggi di dalam air pun boleh membunuh sesiapa yang meminumnya. Penduduk-penduduk di sesuatu tempat boleh dibunuh dengan senang hanya dengan meninggikan kandungan fluoride dalam air minuman mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengetahui LYNDON LAROUCHE, anda bolehlah melawati web:

Tuesday, August 19, 2008

Pakatan Jahat Antarabangsa siri 6

Assalamu'alaikum,

HITLER

Dalam PD2, yahudi cuba menekankan bahawa Hitler adalah seorang Nazi. Bagaimanapun, menurut pengarang, Hitler adalah seorang Fascis. Nazi adalah lebih kejam terhadap yahudi berbanding dengan Fascis. Fascisme mengatakan bahawa bangsa Aryan adalah bangsa yang paling mulia. Nazisme pula pergi lebih jauh lagi dengan mengatakan bahawa semua yahudi dan komunis patut dibunuh. Hingga sekarang yahudi masih cuba untuk menunjukkan bahawa Hitler adalah seorang Nazi.

Kaum yahudi juga cuba menunjukkan bahawa Hitler adalah seorang yang tidak boleh dipercayai langsung. Perkara yang sama juga mereka cuba lakukan kepada Saddam Husin.

Hitler, contohnya, mengatakan bahawa perjanjian Versailles telah menghina Jerman dan sangat tidak adil. Akibat dari perjanjian itu menyebabkan Jerman kehilangan banyak tanahnya seperti Czechoslovakia dan Iain-lain. Hitler juga mengatakan bahawa adalah tidak adil bagi mereka untuk mengenakan syarat-syarat perjanjian yang seperti itu kepada negeri yang lemah yang baru kalah perang. Kata Hitler lagi, kalau mereka pulangkan Czechoslovakia kepada Jerman atau sebahagian daripada itu, dan selesaikan masalah-masalah yang dikenakan ke atas Jerman hasil dari perjanjian Versailles itu, maka dia tidak akan menyerang Poland.

Mereka hanya menunaikan satu sahaja dari permintaannya. Lalu apabila Hitler mengatakan bahawa dia akan menyerang Poland, mereka mengatakan bahawa Hitler telah memungkiri janjinya. Mereka tidak mendedahkan kisah yang sebenarnya. Perkara yang sama juga mereka lakukan ke atas Saddam Husin dan menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

Maklumat yang didapati oleh pengarang mengenai pergerakan kumpulan ini pada abad ke 20 adalah cukup sedikit kerana mereka semakin ketat menjaga rahsia mereka. Bagaimanapun, beliau ada memberikan beberapa langkah yang diambil oleh kumpulan ini untuk mencapai matlamat mereka, iaitu satu kerajaan untuk memerintah seluruh dunia di bawah seorang raja yahudi yang akan memerintah dengan sistem kuku besi. Pembantu-pembantu mereka adalah jutawan-jutawan, para cerdik-pandai, pakar ekonomi dan Iain-lain. Manusia-manusia lain akan dikenakan perancang keluarga agar zuriat mereka tidak berkembang.

Bersambung ... mengenai Kajian Lyndon Larouche

Friday, August 15, 2008

Pakatan Jahat Antarabangsa siri 5

Assalamu'alaikum wbth,

SEJARAH ROTHSCHILD

Kerja-kerja mereka yang paling teratur di mulakan oleh seorang yahudi bernama Amschel Bauer. Dia pindah ke Frankfurt pada tahun 1750 dan membuka sebuah kedai bernama 'Rothschild' yang bermaksud perisai merah (Red shield). Anaknya bernama Amschel Meyer Bauer, kemudiannya menukar namanya kepada Rothschild. Dari situ lah mulanya keluarga Rothschild.

Rothschild mempunyai 5 orang anak lelaki dan dia merancang untuk menguasai kekayaan dunia. Pada tahun 1773, dia mengumpulkan 12 orang yahudi di rumahnya, termasuk dia sendiri menjadi 13 orang. Dari situlah mulanya ditubuhkan kumpulan rahsia itu dan kerja-kerja mereka semakin teratur selepas itu. Dia memberikan satu ceramah yang cukup panjang kepada mereka dan dia merancang untuk menguasai bank England. Dan dia mahukan anak-anaknya untuk menguasai kekayaan negeri-negeri lain, tiap-tiap seorang satu negeri.

Anaknya yang paling berpengaruh ialah Nathan Rothschild yang menguasai bank England. Setelah kumpulan '13' itu ditubuhkan, Rothschild mengarahkan seorang yang bernama Adam Weishaupt untuk menuliskan satu plan untuk menguasai kekayaan dunia. Plan itu siap pada tahun 1776 dan dituliskan dalam bentuk buku. Dalam plan itu ada ditulis bagaimana mereka merancang revolusi Perancis dan revolusi Amerika. Revolusi Amerika diadakan pada tahun itu juga dan revolusi Perancis diadakan beberapa tahun selepas itu.

Pada tahun 1776 itu juga, satu salinan daripada perancangan mereka itu dikirimkan ke Paris melalui seorang utusan. Utusan itu bagaimanapun telah terbunuh di dalam perjalanannya. Dia mati di Bavaria.

Apabila polis Bavaria menjumpai mayatnya, mereka juga menjumpai plan itu di tangannya. Dalam plan itu ada disebutkan beberapa nama. Lalu polis pun menyerbu rumah-rumah orang-orang itu dan mereka menjumpai beberapa lagi dokumen yang membuktikan bahawa perancangan jahat kumpulan itu adalah benar. Lalu kumpulan itu, yang pada masa itu bergerak dengan menggunakan nama 'Grand Orient', pun diharamkan. Sejak dari itulah mereka mula bergerak secara rahsia.

Kerajaan Bavaria pada masa itu telah menulis surat kepada negara-negara lain dan memberikan amaran kepada mereka mengenai perancangan jahat yahudi itu. Malangnya, kebanyakan daripada negara-negara itu telahpun dapat dikuasai oleh 'lluminati', dan mereka telah dapat mempengaruhi negara-negara tersebut untuk tidak menghiraukan surat tersebut.

Nathan Rothschild, yang menguasai Bank England, menjadi cukup kaya dengan menggunakan beberapa kejadian. Contohnya pada tahun 1814 apabila Napoleon dibuang negeri, dia menyiarkan satu khabar angin bahawa Napoleon telah menang. Lantaran itu semua harga saham telah jatuh dan dia pun membelinya dengan banyak sekali. Tidak lama kemudian orangramai dapat tahu tentang kejadian sebenar dan harga saham mulai naik kembali. Setelah itu Nathan pun menjual semua sahamnya dan mendapat untung yang sangat besar dalam masa beberapa bulan sahaja.

Nathan kemudiannya, pada tahun 1840, melalui Mazzini telah mengarahkan Jeneral Albert Pike untuk memperbaiki plan yang dibuat oleh Weishaupt itu dan kali ini ditambahkan dengan plan untuk abad ke 20.

Pengarang itu telah dapat melihat PD1 dan PD2 dan beliau meramalkan bahawa PD3 akan berlaku tidak lama lagi. Kumpulan 13 itu menubuhkan 3 kaunsel di bawah mereka dan di bawah 3 kaunsel itu ada 40 kaunsel lagi. Dan merekalah yang mengepalai revolusi-revolusi yang diadakan. Selepas Mazzini mati, dia diganti oleh Lemmi, dan Lemmi pula diganti oleh Lenin dan Trotsky. Selepas penulisan plan itu oleh Pike, mereka menyuruh Karl Marx menulis 'Das Kapital' dan Engels menulis 'Communist Manifesto'.

Pada masa yang sama juga, Karl Ritter menulis sebuah buku untuk menentang pengaruh komunis itu. Buku itu diambil oleh Nitzsche dan kemudiannya diambil pula oleh pengikut-pengikut Fascisme dan Nazisme. Buku ini merupakan 'antithesis' kepada buku-buku komunis itu.

Oleh kerana kumpulan yahudi itu telah diharamkan dari menyertai 'Grand Orient' di Bavaria, semua ahli-ahli Grand Orient di Bavaria terdiri dari orang-orang bukan yahudi. Jadi Jerman dikuasai oleh orang-orang bukan yahudi dan ini secara tak langsung memudahkan bagi mereka untuk memerangi Jerman.
Bersambung ...mengenai Hitler.

Tuesday, August 12, 2008

Pakatan Jahat Antarabangsa siri 4

Assalamu’alaikum wbth,

Menurut salah seorang guru saya ,
`Sejarah telah membuktikan bahawa sistem kufur dalam semua keadaan dan zaman mana sekalipun tidak pernah bertimbang rasa, tidak pernah memberi laluan kepada pejuangan al haq dalam semua hal melibatkan mal, aqidah, pengajian dan lain-lain.

Oleh kerana itu kita perlu menyusun langkah, mengatur strategi, mengembeling tenaga, meningkatkan keupayaan bekerja, berkorban dalam membersihkan wala’ kita kepada Allah SWT dalam semua aspek.’

Saudara/i yang dikasihi sekalian, berikut adalah sambungan daripada siri lalu. Selamat membaca!

FREEMASON

Menurut William Gary Carr lagi, kumpulan ini mempunyai satu struktur yang cukup kompleks. Kumpulan ini diketuai oleh 13 orang yang mengepalai apa yang dipanggil 'Council of 33'. Salah seorang dari 13 orang itu adalah ketua bagi seluruh kumpulan itu. Yang 13 orang ini adalah amat dirahsiakan dan kesemua mereka adalah yahudi. Di bawah yang 13 orang ini, ahli-ahlinya mungkin yahudi dan mungkin tidak. Tetapi keahlian mereka adalah dengan mengangkat sumpah taat setia kepada ketua kounsel 13 itu. Bagi mereka, tidak ada lagi di dalam dunia ini yang lebih tinggi dari ketua mereka itu.

Di bawah Council of 33 ini, strukturnya adalah cukup rumit dan sulit. Contohnya Freemason. Freemason yang paling tinggi sekali dipanggil 'lluminati'. lluminati ini berada betul-betul di bawah Council of 33. Jeneral Pike itu tadi mungkin seorang ahli dalam lluminati dan Mazzini itu ketuanya. lluminati ini pula akan menyusup masuk ke dalam 'masonic temples' yang ada. Jadi ini adalah umpama satu kumpulan rahsia di dalam kumpulan rahsia yang lain. Hanya orang-orang yang terpilih dari kumpulan Freemason ini yang akan diajak masuk ke dalam lluminati.

Freemason ini pula mempunyai banyak lagi rantaian kumpulan-kumpulan yang lain yang berada di bawah mereka. Contohnya ada Lion’s Club, Rotary Club, Rotaract dan lain-lain lagi. Sekarang ini, boleh dikatakan di semua bandar di US ini yang kita pergi kita akan lihat apabila memasuki bandar-bandar tersebut papan tanda yang bertulis 'L' yang bermaksud Lion’s Club. Ini menunjukkan bagaimana kuatnya pengaruh mereka di negara ini.

Kelab Rotaract ini umpamanya adalah sebuah kelab terbuka yang memilih pelajar-pelajar yang cerdik dan berkaliber tinggi untuk menjadi ahli mereka. Dan bagi pelajar-pelajar yang terpilih untuk masuk, mereka merasakan itu sebagai satu keistimewaan untuk mereka sedangkan tanpa mereka sedari, mereka telah digunakan untuk mencapai kepentingan yahudi, kerana kelab Rotaract itu dikuasai penuh oleh Rotary Club.

Mereka-mereka yang terpilih akan diangkat untuk masuk ke dalam Rotary Club, kemudian Lions Club, Freemason, Illuminati dan seterusnya hingga ke atas. Ahli-ahli kumpulan ini memegang jawatan-jawatan yang tinggi di dalam berbagai-bagai pertubuhan yang lain seperti sekolah-sekolah, universiti-universiti, pejabat-pejabat, syarikat-syarikat dan Iain-lain lagi. Melalui pertubuhan-pertubuhan inilah mereka mencari ahli-ahli yang baru.

Jadi, ini jelas menunjukkan bagaimana yahudi-yahudi itu menggunakan orang lain untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bahkan mereka juga boleh menggunakan musuh-musuh mereka untuk membuat kerja-kerja mereka samada dengan disedari oleh mereka atau tidak.

Contohnya ialah bagaimana mereka menggunakan Hitler untuk membunuh yahudi yang ada di Jerman, memulakan PD2, dan seterusnya sehingga mereka dapat menubuhkan Israel hasil dari perang itu. 'Holocaust' yang dikatakan telah meragut sebanyak 6 juta nyawa yahudi itu adalah palsu semata-mata. Juga bagaimana mereka menggunakan Saddam Husin agar dia menyerang Kuwait dan itu kemudiannya dijadikan alasan untuk menyerang Iraq.

Kumpulan yahudi ini telah cukup lama ditubuhkan. Menurut pengarang itu, mereka juga ada memainkan peranan dalam revolusi di Britain pada abad ke 17.

bersambung insha Allah...

Friday, August 08, 2008

Pakatan Jahat Antarabangsa siri 3

Assalamu'alaikum wbth,



KEMENANGAN DARI ALLAH

Satu perkara yang perlu kita ingat ialah bahawa ALLAH lah yang menentukan segala-galanya. Mereka mempunyai perancangan jahat mereka, ALLAH pun mempunyai perancangan-Nya sendiri. Firman ALLAH SWT, maksudnya:
"Mereka membuat rancangan jahat, ALLAH pun membuat rancangan. Dan ALLAH lah perancang yang paling baik." (Al Anfaal: 30)

Berkenaan dengan perancangan mereka, ALLAH berfirman lagi yang maksudnya:
"Dan sesungguhnya makar (perancangan jahat) mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung boleh musnah kerananya" (Ibrahim: 46)

Firman ALLAH lagi, maksudnya:

"Dan mereka merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan Kami merencanakan makar (pula), sedang mereka tidak menyedari. Maka perhatikanlah betapa sesungguhnya akibat makar mereka itu, bahawasanya Kami membinasakan mereka dan kaum mereka semuanya." (An Naml: 50-51)

Dan lagi firman ALLAH, maksudnya:

"Rumah mereka sekarang tidak didiami melainkan oleh sedikit sahaja. Dan Kami (ALLAH) adalah Pewaris rumah itu." (Al Qasas: 58)

Jadi, mereka yang merancang, tetapi akhirnya ALLAH lah yang akan menentukan siapakah yang akan menang. Bahkan tindakan mereka untuk memusnahkan komunisme itu adalah membawa keuntungan kepada orang-orang Islam kerana banyak republik-republik Islam yang selama ini berada di bawah perintah komunis Soviet dapat merdeka.

Ada seorang muslim dari Soviet yang datang ke US telah ditanya kepadanya tentang republik-republik muslim di sana, adakah mereka akan dapat bebas dan merdeka. Jawab beliau, "Sudah tentu. Mereka cuma menunggu masa sahaja. Dan Rusia tahu tentang ini, jadi sebab itulah mereka sedang cuba untuk mengeluarkan semua kelengkapan nuklear yang ada di republik-republik muslim tersebut. Mereka tidak mahu orang Islam mempunyai senjata nuklear di tangan mereka apabila mereka merdeka nanti."

Tuesday, August 05, 2008

Pakatan Jahat Antarabangsa siri 2

Assalamualaikum,

WUJUDNYA SATU KUMPULAN RAHSIA YANG MERANCANGKAN PERANG-PERANG DAN REVOLUSI-REVOLUSI

Peperangan-peperangan ini tidak terjadi dengan sendirinya. Ada terdapat satu kumpulan rahsia yang telah lama wujud, yang bekerja keras secara rahsia untuk melahirkan revolusi dan peperangan ini. Pada tahun 1840, Jeneral Albert Pike.di bawah arahan Mazzini, telah merangka satu plan untuk kumpulan ini, untuk melahirkan revolusi dan tiga peperangan yang besar pada abad ke 20.

Perang pertama akan diadakan di antara Jerman dan kuncu-kuncunya di satu pihak manakala Amerika, Britain dan kuncu-kuncunya di satu pihak yang lain. Akibat daripada perang ini akan melahirkan revolusi Rusia (1917) dan wujudnya komunisme.

Jadi PD1 ini sebenarnya adalah untuk melahirkan komunisme. Ini adalah kerana menurut perancangan mereka, mereka akan menguasai dunia dengan pemerintahan kuku besi dengan diketuai oleh seorang diktator. Mereka ingin mencari cara bagaimanakah yang paling baik sekali untuk memerintah dan menguasai rakyat. Jadi, pemerintahan komunis di Soviet adalah umpama satu eksperimen bagi mereka untuk mencari cara yang paling sesuai untuk memerintah dunia nanti dan apabila tiba masanya nanti, sistem komunis itu akan dimusnahkan.

Perang yang kedua pula akan menggunakan pertentangan antara zionisme dan nazisme. Hasil dari peperangan ini, sebuah negara zionis/yahudi akan ditubuhkan di Palestine. Komunisma pula akan diperkembangkan dan dikuatkan sehingga menyamai kekuatan negara kristian. Keadaan akan kekal seperti itu untuk beberapa ketika sehingga kerajaan komunis itu tidak diperlukan lagi dan ia akan dimusnahkan. Kita tahu sekarang bahawa kerajaan komunis Soviet itu telah dimusnahkan dan pernah satu masa dahulu mereka merupakan sebuah 'superpower' di dunia ini, bersaing hebat dengan US.

Perang ketiga pula adalah di antara orang-orang Islam dengan zionis. Perang ini akan dimulakan dengan perang di antara pemimpin-pemimpin negara Arab, disokong oleh orang-orang Islam, menentang Israel dan penyokong-penyokongnya.
Perang ini akan membawa kemusnahan kepada kedua-dua belah pihak, dan seluruh dunia akan memilih samada untuk menyebelahi orang-orang Islam atau yahudi. Perang ini akan menghancurkan dunia samada dan segi politik, ekonomi, sosial dan agama. Selepas itu, yahudi akan memperkuatkan idea mereka untuk mewujudkan satu kerajaan untuk memerintah dunia. Pada masa itu mereka akan melantik pemimpin mereka, dan akan menggunakan kumpulan-kumpulan rahsia mereka untuk menguatkuasakan perintah mereka dan akan memusnahkan sesiapa sahaja yang menentang mereka.

Pengarang itu juga mengatakan bahawa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lah yang akan digunakan oleh mereka untuk mencapai matlamat mereka untuk memerintah seluruh dunia. Kita lihat sekarang banyak perkara yang berlaku yang mengikuti apa yang telah dirancang oleh Albert Pike sejak tahun 1840 itu, dan ini membuktikan bahawa memang ada kumpulan rahsia yang sedang bekerja keras untuk melaksanakan perancangan jahat ini.

Contohnya, kita lihat sekarang PBB semakin meningkat kuasanya, makin bertambah tenteranya dan mereka juga makin berani untuk campurtangan urusan negeri-negeri lain. Dan ini juga menunjukkan bahawa mereka telah semakin hampir untuk sampai kepada matlamat mereka.

Saturday, August 02, 2008

Pakatan Jahat Antarabangsa siri 1

Assalamu'alaikum wbth,


Berikut adalah ringkasan dari buku 'International Conspiracy' yang ditulis oleh William Gary Carr, seorang komander dalam tentera Kanada dan beliau telah meninggal dunia pada tahun 1959. Buku ini ditulis dalam tahun 1954. Buku ini adalah satu buku yang cukup bagus tetapi malangnya ia tidak boleh didapati di pasaran.

Pengarang buku ini meramalkan bahawa perang dunia ketiga akan berlaku di antara orang-orang Islam dengan zionis yahudi, antara negara-negara Arab dan orang-orang Islam dengan Israel dan kuncu-kuncunya. Buku ini adalah sangat penting kerana ia menceritakan mengenai perancangan-perancangan jahat yahudi dan jika kita tahu perancangan jahat mereka dan cara-cara mereka bergerak, maka ini akan memudahkan lagi bagi kita untuk mengalahkan mereka.

Buku ini dipenuhi dengan fakta-fakta sejarah yang dikumpulkan oleh pengarang dari berbagai sumber seperti dokumen-dokumen dan surat-surat dari muzium, surat-surat khabar, buku-buku, majalah-majalah, seminar-seminar, ucapan-ucapan dan sebagainya. Antara dokumen yang beliau gunakan di dalam buku itu ialah surat dari seorang presiden Amerika, Quincy Adams, kepada seorang kolonel menceritakan tentang Freemason dan hubungan Thomas Jefferson dengan Freemason.

Beliau juga menulis dari pengalaman beliau dalam perang-perang Dunia yang Pertama dan Kedua. Semua fakta-fakta yang diberikan di dalam buku itu ada dinyatakan sumbernya, kecuali ada satu maklumat yang mana beliau tidak menyatakan dari mana sumbernya. Maklumat itu adalah mengenai ucapan seorang yahudi mengenai perancangan mereka untuk menguasai ekonomi dunia.

Ada dua kesimpulan yang telah dibuat oleh pengarang di dalam buku itu:

1. Sejarah akan sentiasa berulang.

2. Di sana ada terdapat satu kumpulan rahsia, yang merancangkan perang-perang dan revolusi-revolusi ini.

SEJARAH AKAN SENTIASA BERULANG

Jadi, perancangan jahat (conspiracy) itu juga adalah berulang-ulang, orang yang samalah yang membuat perancangan-perancangan ini. Dan beliau merujuk kepada iblis sebagai contoh. Bagi kita ini adalah benar. Dalam Al Quran Al Karim, ALLAH 'Azzawajalla berfirman, ketika menceritakan mengenai Balqis dan menteri-menterinya, Balqis berkata, yang maksudnya:

"Apabila raja-raja menakluki sesuatu negeri, mereka akan memusnahkannya. Dan mereka akan menjadikan orang-orang yang mulia itu cukup hina". Kemudian ALLAH pula berfirman:
"Itulah yang mereka lakukan". (An Naml: 34)

Maksudnya perkara seperti ini akan sentiasa berlaku dan berulang-ulang, bukan pada zaman Balqis sahaja. Pengarang ini mengkaji Perang Dunia Pertama (PD1) dan Perang Dunia Kedua (PD2), dan mendapati cukup banyak persamaan diantara kedua-dua itu.

Contohnya, dalam PD1, Perdana Menteri Britain, Esqueth, meletakkan jawatan sebaik-baik saja sebelum PD1 bermula.


Dan dalam PD2 pula, Perdana Menteri Britain pada masa itu, Chamberlain, telah enggan untuk melibatkan Britain dalam PD2. Lalu akhbar menyiarkan penglibatan beliau dalam satu skandal dan beliau terpaksa meletakkan jawatan dan diganti oleh Churchill. Sebaik saja Churchill menjadi Perdana Menteri, Britain terus melibatkan diri dalam PD2 dengan mengebom Berlin.

Manakala dalam perang Teluk pula, Thatcher meletakkan jawatan lebih kurang dua minggu sebelum perang itu bermula.

Kita dapati juga dalam ketiga-tiga perang ini, negara yang kalah itu dikalahkan dari dalam dengan timbulnya berbagai-bagai masalah dalam negeri dan terpaksa mengaku kalah. Juga, negara yang kalah djpaksa menandatangani perjanjian yang cukup memalukan dan menghinakan.

Dalam PD1 contohnya, Jerman menyerang Rusia dan telah hampir mengalahkan Rusia. Lalu mereka menimbulkan huru-hara dan revolusi di dalam negeri Jerman. Kerajaan Jerman memikirkan bahawa walaupun mereka dapat menawan Rusia tetapi negara mereka akan hancur, lalu mereka pun menyerah kalah dan dipaksa menandatangani Perjanjian Versailles yang memalukan.

Taktik yang sama juga digunakan terhadap Jerman dalam PD2 sehingga mereka berjaya mengalahkan Hitler dan memaksa Jerman menandatangani perjanjian baru.

Begitu juga dengan Iraq dalam perang Teluk. Puak syi'ah dan Kurdis telah memulakan rusuhan sebelum perang bermula lagi. Iraq akhirnya terpaksa mengaku kalah dan telah disuruh mengaku kalah tanpa sebarang syarat dan menerima apa saja syarat yang ditentukan oleh Amerika dan kuncu-kuncunya.

Satu lagi persamaan yang dijumpai oleh pengarang ialah bahawa dalam ketiga-tiga perang ini, US pada mulanya enggan untuk masuk campur tetapi telah ditarik untuk ikut sama.

bersambung....WUJUDNYA SATU KUMPULAN RAHSIA YANG MERANCANGKAN PERANG-PERANG DAN REVOLUSI-REVOLUSI INI.