Tuesday, January 27, 2009

PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU SIRI 1

Assalamu'alaikum wbth,

Dalam siri kali ini saya ingin berkongsi mengenai Persatuan Bangsa-bangsa bersatu(PBB). Sejak ia ditubuhkan, ianya tidak lebih sebagai kuda tunggangan Yahudi antara bangsa.
Selamat membaca.

Perubahan yang Cepat

Pola politik dunia sekarang berubah dengan begitu cepat sekali dan ia memerlukan pimpinan yang cekap dan mempunyai maklumat yang cukup untuk dapat memimpin jama'ah pada masa yang begitu mencabar ini. Kita telah lihat bagaimana Soviet Union dijatuhkan dan dipecahkan dengan begitu cepat sekali. Peta kawasan itu sentiasa berubah-ubah dan setiap hari ada negeri baru yang mahu bebas dari cengkaman Rusia.

Banyak negara-negara yang ditubuhkan pada awal abad ini telah runtuh atau mulai runtuh dan dpecah-belahkan kepada banyak negeri-negeri kecil. Bilangan negeri-negeri di dunia hari ini semakin bertambah dan mungkin akan 'double' (berganda dua) dalam masa 20 tahun. Banyak pertumpahan darah dan keganasan sedang dan akan berlaku di segenap pelusuk dunia.

PBB Semakin Kuat

Sekarang ini PBB menjadi semakin kuat dan bertambah pengaruhnya di dunia ini sehinggakan Amerika, satu-satunya 'superpower' yang masih kuat telah tunduk kepadanya. Kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini berlaku begitu cepat sekali dan diramalkan bahawa beberapa tahun yang akan datang ini akan menjadi tempuh yang paling ganas di abad ke 20 ini atau di sepanjang sejarah dunia. Banyak perkara-perkara yang mengejutkan akan berlaku dalam masa 7 hingga 10 tahun yang akan datang ini. Bahkan kemungkinan untuk berlakunya perang nuklear pun ada.

Untuk kita dapat mengikuti perubahan-perubahan yang berlaku dengan cepat ini, perlulah kita memahami PBB.

Kekuatan PBB sedang ditambah dengan begitu cepat cekali, terutamanya dari segi ketenteraan, dan diramalkan bahawa PBB inilah yang akan menjadi asas kepada kerajaan yang akan memerintah dunia yang hendak ditubuhkan oleh golongan Zionis Yahudi.

Mereka ingin membina PBB yang kuat dan boleh menghancurkan mana-mana kerajaan di dunia ini yang menentangnya. Sekarang ini PBB telah pun ada tidak kurang dari 60,000 orang tentera di bawahnya yang sedang bertugas di Somalia, Cambodia, Bosnia dan beberapa negeri lain. Sehingga sekarang ini, tentera-tentera PBB diletakkan di bawah arahan 'Security Council' bukan di bawah 'Security General'. Sekarang mereka sedang usahakan untuk meletakkan tentera-tentera ini di bawah arahan Security General dan dia boleh menghantarkan tentera-tentera ini ke mana sahaja tanpa perlu mendapatkan kebenaran dari negara yang menghantarkan tentera tersebut terlebih dahulu.

US dan PBB

Sekarang ini kita nampak bahawa US menguasai dan menggunakan PBB untuk kepentingannya, tetapi keadaan ini akan berubah dan nanti PBB lah yang akan menguasai US dan menggunakannya untuk menubuhkan kerajaan dunia mereka.

Kajian terakhir yang dibuat oleh kementerian pertahanan US menunjukkan bahawa mereka menyokong idea untuk meletakkan 10,000 orang tentera di bawah arahan 'Security General' PBB. Jadi dia boleh memerintahkan tentera-tentera itu untuk pergi ke mana-mana sahaja.

Ini hanyalah permulaan sahaja. Ada juga cadangan lain yang mengatakan setiap negeri di dunia ini perlu menghantar 1,000 orang tentera untuk berkhidmat di bawah PBB. Jadi lebih 150,000 tentera akan berada di. bawah PBB dan mereka boleh memerangi dan mengalahkan US.

Ada juga berita mengatakan satu pasukan tentera sedang dilatih di US ini untuk menakluki California. Alasan mereka latihan itu ialah untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sekiranya berlaku huru-hara secara besar-besaran di California seperti yang berlaku di Los Angeles baru-baru ini.

Banyak lagi perkara-perkara yang mereka cuba lakukan atau sedang dalam perancangan seperti mengadakan kem tahanan yang besar di Pennsylvania untuk mengurung rakyat-rakyat yang disyaki menentang kerajaan, menggabungkan tiga pertubuhan iaitu Federal Bureau of Investigation (FBI), Alcohol Tobacco and Firearms (ATF) dan Drug Enforcement Agency (DEA) menjadi satu unit polis kebangsaan untuk menangkap dan menyoal-siasat rakyat yang disyaki menentang kerajaan.

Mereka juga melantik seorang yang berasal dari Poland iaitu Shalikasvili, untuk memegang jawatan 'Chairman of the Joint Chiefs Of Staff' untuk menggantikan Colin Powell. Ketika ditanya pendapatnya mengenai penyerahan pemerintahan tentera US di bawah orang yang bukan rakyat US (i.e PBB), beliau menjawab boleh sekiranya dilakukan mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Jadi jelas menunjukkan mereka cenderung untuk menyerahkan tentera US supaya berada di bawah PBB. Jadi orang yang akan menentukan nasib orang-orang US bukanlah orang US tetapi sesiapa yang mengetuai PBB. Sekiranya kerajaan US menentang PBB, PBB boleh menghantar tentera US untuk menghancurkan kerajaan US.
bersambung

Saturday, January 24, 2009

Fakta mengenai Sumbangan US kepada Israel sejak 1948

Salam,

America’s $84.8 billion in aid to Israel from fiscal years 1949 through 1998, and the interest the U.S. paid to borrow this money, has cost U.S. taxpayers $134.8 billion, not adjusted for inflation. Or, put another way, the nearly $14,630 every one of 5.8 million Israelis received from the U.S. government by Oct. 31, 1997 has cost American taxpayers $23,240 per Israeli.

ORDE BARU DUNIA siri 4 AKHIR

Salam,

Semoga isu palestin tidak berakhir walaupun gencatan senjata satu hala sahaja oleh Yahudi laknatullah.

Sambungan kepada siri lalu... Selamat membaca.


Mendidik masyarakat

Ringkasnya, apakah yang perlu kita lakukan? Kita perlu tekankan dan didik masyarakat berkenaan dua sunnah perjuangan. la adalah perjuangan antara benar dan salah, antara hak dan batil. Dan masyarakat mesti memilih di antara hak dan batil ini. la bukanlah satu hal politik. la bukanlah satu hal yang mereka tidak perlu berikan perhatian kerana ia menyentuh asas agama dan 'aqidah mereka. la adalah perjuangan antara hak dan batil.
"Dan seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam." (AI Baqarah: 251)
"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah Telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al Haj: 40)

Kita perlu menerangkan masyarakat mengenai ini. Kita perlu terus memperkatakannya kepada masyarakat. Inilah asas perjuangan, supaya dengan ini, mereka boleh menentukan dan membentuk sikap berdasarkan kefahaman dan kesedaran.

Memahami tugas kita

Seperkara lagi ialah kita tidak mahu pihak lain menang. Kita perlu memahami dengan jelas tugas kita apakah kedudukan yang sesuai untuk kita dan apakah yang boleh kita lakukan. Kita perlu mentarbiyah diri kita. Tanyalah diri, apakah misi kita yang sebenar? Kita perlu menghargai apakah yang kita hadapi supaya dengan itu, matlamat yang ada di dalam fikiran kita adalah sangat jelas tanpa ada kesamaran langsung. la sangat jelas sehingga kita boleh nampak hakikatnya dan kita terus kepada matlamat kita secara langsung. Kita seharusnya dekat kepada Allah subhanahu wa ta'ala kerana inilah masanya di mana fitnah akan berlaku.
Siri seterusnya adalah Bangsa-bangsa Bersatu(United Nation)
W/a

Tuesday, January 13, 2009

ORDE BARU DUNIA siri 3

Salam,
Zionis semakin mengganas. Pihak barat mula bercakap mengenai gencatan senjata. Hal yang sebenarnya adalah sebaliknya. Hakikatnya apa yang mereka kata, adalah sebaliknya. Apabila mereka berkata memberi kebebasana kepada dunia Arab dan Islam; sebenarnya mereka bermaksud sebaliknya.

Dalam siri kali ini saya ingin menyambung perbicaraan mengenai order baru dunia. Ianya amat berkait rapat dengan peristiwa yang menimpa umat Islam kita di Gaza sekaran ini.

Kerjasama menghadapi Islam

Kedua-dua buah kuasa besar sedang cuba memikirkan mengenai hubungan antara mereka serta bagaimana hendak menangani gerakan Islam. Nixon, bekas Presiden Amerika Syarikat pemah berkata:

"Soviet Union dan Amerika Syarikat seharusnya bekerjasama dalam menangani permasalahan gerakan Islam ini, di kawasan pengaruh masing-masing."

Ini salah satu perkara utama yang mempercepatkan kepada perpecahan negara Blok Timur.

Amerika sebagai kuasa tunggal

Amerika Syarikat sentiasa menekankan kepada sistem unipolar ini, di mana Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar, ingin menguasai seluruh dunia sendiri termasuklah apa yang dikenali sebagai "second level countries" atau negara tahap kedua. Negara tahap kedua ialah negara yang kuat tetapi tidaklah sekuat negara yang di atas. Kumpulan ini dikatakan sebagai rakan negara pertama. Negara tahap ketiga ialah negara dunia ketiga, iaitu negara-negara untuk dipergunakan dan dikuasai oleh kedua-dua tahap sistem di atas. Inilah yang dikatakan The New World Order atau orde baru dunia.

Bentuk perjuangan kini dan mendatang

Apakah sifat-sifat bentuk perjuangan yang terbaru kini? Bagaimanakah perjuangan di antara negara-negara ini dijalankan?

Terdapat dua kualiti yang perlu kita perhatikan Pertama, perjuangan di tahun-tahun yang mendatang ini adalah berasaskan kepada agama. Agama akan memainkan peranan penting di dalam dunia. Pembahagian kini bukanlah antara Timur dan Barat tetapi antara agama dan tidak beragama, antara Islam dan Yahudi serta Kristian. Yahudi dan Kristian melawan seluruh dunia khususnya negara-negara Islam. Seseorang mungkin akan menyatakan bahawa negara-negara Barat adalah negara sekular. Kenapa agama pula yang memainkan peranan penting?

Agama sebagai faktor asas perjuangan

Sebenarnya, agamalah yang memainkan peranan penting, walaupun negara-negara Barat adalah sekular. Mereka sekular kerana mereka tidak religious atau tidak kuat pegangan terhadap agama mereka. Tetapi perlulah diketahui perbezaan antara sekular dengan tidak religious. Sekular bermaksud, pihak gereja tidak menguasai proses poiitik. Itulah maksud sekular dan oleh sebab itu seorang muslim mestilah berhati-hati, sebab ramai menyangka yang Barat tidak religious atau tiada urusan dan kaitan dengan agama.

Sebenarnya mereka berurusan dalam hal agama. Malah, salah seorang dari rakan Barat telah mengatakan bahawa sebenarnya, World Council of Churches atau Majlis Gereja-Gereja Dunia telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memainkan peranan penting di dalam menguasai proses politik negara-negara dunia ketiga. Orang yang mengatakannya ini ialah seorang kristian dari Mesir.

Haikal, bekas penasihat dan teman rapat Nasser, pernah berkata bahawa Majlis Gereja-Gereja Dunia yang ditubuhkan pada tahun 1948 semasa Perang Dingin ini, adalah sebagai satu gambaran hasrat beberapa kumpulan tertentu di Washington DC untuk mempengaruhi politik dunia. Beberapa penyiasatan yang telah dibuat oleh pihak Kongres telah menunjukkan bahawa Majlis tersebut ada menerima wang dari pihak CIA.

Kata-kata yang disebut oleh Presiden Nixon sebelumnya tadi juga dengan sendirinya memperlihatkan kebencian serta perasaan anti-Islam yang mereka rasai. Bernard Lewis pernah menulis dalam sebuah artikel bernama Roots of Rage (Asal Usul Keganasan) di dafam majalah Atlantic. Katanya:

"Islam, seperti juga agama-agama lain melalui putaran masa, mereka menanamkan perasaan ganas dan benci di dalam diri pengikut-pengikutnya. Adalah malang sekali diri kita kerana kita kini hidup di dalam waktu tersebut."

Contohnya, di dalam mesejnya kepada dunia, beberapa ketika selepas peristiwa di Teluk berlaku, Pope memberikan jawapan penyelesaiannya,

"Untuk mengatasi permasalahan yang wujud ini, aktiviti-aktiviti missionari (mubaligh) di negara-negara Islam hendaklah ditingkatkan. Dengan ini, Islam dapat disingkirkan dari dunia, dan dunia boleh hidup dengan aman."

Sekali lagi, hendaklah kita tidak berasa terkejut mengenainya kerana Allah subhanahu wa ta'ala pernah menyatakan hal ini di dalam Al Quran berkenaan asas perjuangan yang sebenar. Agamalah asas kepada perjuangan.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." (Al Baqarah: 120)

Perjuangan akan terus berlaku di antara Muslim dan bukan Muslim.
Ekonomi sebagai faktor asas perjuangan

Asas kedua di dalam perjuangan kini ialah ekonomi. Ekonomi kini memainkan peranan yang penting, khususnya bila kita melihat kepada penduduk dunia dan semakin berkurangnya sumber-sumber dunia. Akibatnya, wujudlah apa yang dikatakan perjuangan untuk menguasai sumber yang terhad. Ini memang diakui sejak bertahun lagi, bahawa ia adalah salah satu akar kepada konflik yang wujud. Pada tahun 1948, George Kinnen, Pengarah perancangan politik di State Department, Washington D.C menulis:

"Kita membolot 50% dari sumber dunia sedangkan dari segi bilangan, kita tidak pun sampai 6% dari seluruh penduduk dunia."

Di sini, 6% dunia mengguna dan menguasai 50% dari sumber dunia.

"Akibatnya, kita berada di dalam kedudukan yang dicemburui dan dibenci oleh orang lain. Matlamat utama kita untuk tahun-tahun yang akan datang ialah untuk membentuk satu sistem hubungan yang akan membolehkan kita untuk terus berada di dalam kedudukan ini, iaitu kedudukan menguasai sumber dunia. Kita tidak seharusnya lagi bercakap mengenai hendak meningkatkan taraf hidup orang lain serta memperkatakan mengenai demokrasi. Harinya akan sampai di mana kita akan menggunakan kekerasan dalam usaha mengekalkan keadaan ini."

Contoh lain ialah Presiden Lyndon Johnson. Beliau pernah berkata kepada tentera-tenteranya yang berada di Vietnam,

"Terdapat 2 juta dari kita dan 3 billion dari mereka. Mereka mahu apa yang kita ada dan kita sama sekali tidak akan berikan pada mereka."

Justeru itulah Presiden Bush menghantar tenteranya ke Teluk Arab untuk melindungi cara hidup Amerika. Katanya:

"Taraf hidup kita di dalam bahaya, kerana sebarang penguasaan terhadap sumber-sumber dunia ini akan membahayakan kita. Ketidakseimbangan akan berlaku."

Ingatlah bahawa memang wujud pertalian antara kekuatan agama dan ekonomi. Contohnya, Bishop Tutu, seorang kristian berkulit hitam dari Afrika Selatan pernah memperlihatkan pertalian ini dengan gambaran yang sunggun menarik. Katanya:

"Semasa pihak missionari (dari kalangan kulit putih) datang ke tanah kita, kita mempunyai tanah di tangan kita, manakala pihak missionari mempunyai kitab injil di tangan mereka. Lalu, mereka berkata kepada kita, tutuplah mata kalian dan mari kita melakukan doa dan sembahyang. Kita tutup mata kita dan melakukan doa dan sembahyang. Dan bila kita buka mata kita, kitab injil berada di tangan kita manakala tanah kita berada di tangan mereka."

Chris Hammer, pemimpin kerja-kerja missionari di dunia Islam pernah berkata kepada missionari-missonarinya,

"Kamulah arus pertama di dalam penjajahan."

Di dalam satu persidangan penjajah di Jerman awal abad ini, Pengerusi Hamburg Business School berkata:

"Perkembangan penjajahan bergantung kepada aktiviti-aktiviti orang-orang kita yang pergi kepada koloni-koloni yang ada, dan yang paling penting dalam memenuhi matlamat kita di koloni-koloni tersebut ialah dengan menukarkan penduduk-penduduk di situ kepada kristian. Menukarkan mereka kepada kristian akan membolehkan kita mempergunakan mereka."

Inilah dua faktor penting dalam perjuangan peperangan.

Apakah yang akan berlaku? Garis telah dilukiskan. Perjuangan telah jelas iaitu kita, Muslim dengan mereka. Masyarakat muslim hendaklah dibawa kepada pihak kita untuk berdepan dengan Yahudi dan Kristian.

Hasrat musuh Islam

Apa yang mereka mahu dan cuba lakukan ialah terus menjadikan pihak muslim tunduk kepada mereka serta tidak memberikan kita peluang dengan apa cara pun untuk mendapatkan kekuasaan. Kerana itulah kita lihat Amerika Syarikat sedang cuba menghalang Pakistan dari membina kekuatan nuklear. Kerana itulah juga Iraq dimusnahkan. Kerana itulah juga mereka kini sedang memperkatakan tentang Algeria. Kerana itulah juga mereka terus bersuara mengenai keperluan Soviet untuk menguasai arsenal nuklearnya dan tidak meletakkan stesyen nuklear di dalam republik muslim. Jika kemungkinan republik tersebut merdeka, mereka tidak mahu republik tersebut menjadi kuasa atomik dan nuklear. Disebabkan di atas, maka mereka wujudkan apa yang dikatakan sebagai Strategic Treaty (Perjanjian Strategik) atau START. Tujuan utamanya ialah untuk menghadkan arsenal nuklear supaya sentiasa berada di dalam kawalan. Sebabnya, sekarang ini, arsenal nuklear adalah sangat besar dan sangat sukar untuk dikawal. Untuk itu mereka cuba menghadkannya supaya boleh dikawal oleh Rusia.

Isu Palestin

Inilah juga yang membawa kepada usaha-usaha untuk menyelesaikan isu Palestin kerana isu tersebut adalah berasas kepada agama dan ia tidak sepatutnya menjadi satu kes yang parah. Mereka bersegera menganjurkan persidangan damai Timur Tengah kerana semuanya mahukan supaya isu Palestin ini mati kerana ia mengingatkan kepada konfrontasi muslim dengan bukan muslim. Apa yang mereka mahu ialah membuang dan menghilangkan halangan psikologi yang wujud antara seteru muslim dengan Israel. Cara ini dilakukan dengan meyakinkan orang Arab bahawa musuh mereka bukan Israel tetapi orang lain. Musuh mereka ialah Saddam. Iraqlah musuh mereka.

Putera Mahkota Jordan iaitu putera Hasan menulis di dalam artikel New York Times yang diterbitkan pada Jun 1990. Di dalamnya, beliau berkata:

"Kerajaan Arab dan Israel mempunyai musuh yang sama iaitu arus Fundamental's Keagamaan melainkan mereka bekerjasama dalam mengatasi masalah ini, peperangan akan meletus yang tidak sahaja terhad kepada bahagian yang kecil tetapi akan bermula dari Pakistan sehinggalah ke sempadan Maghribi."

Itulah yang mereka mahu. Mereka mahu kerajaan Arab dan Israel menyelesaikan hal-ehwal mereka, supaya dengan ini mereka boleh bekerjasama di antara mereka dalam menghadapi gerakan Islam dan perkembangan Islam di dalam gerakan Islam. Kerana itulah mereka mahu selesaikan isu Afghanistan kerana ia satu lagi peringatan kepada perjuangan lain, perjuangan jihad. Sebab itulah, setelah selesai persidangan damai di Madrid, perhatian alam diberikan kepada Afghanistan.
bersambung....

Tuesday, January 06, 2009

ORDE BARU DUNIA siri 2

Salam wbth,

Peperangan dunia kedua dan akibatnya

Bila perang dunia kedua bermula dan sekali lagi, Jerman, Itali dan Jepun tewas, Jerman telah dipecah-pecahkan. Orde baru dunia kemudiannya wujud dalam bentuk Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (Security Council). Sekali lagi, negara-negara yang menang, iaitu negara-negara kuat, khususnya Amerika Syarikat dan Soviet Union menghasilkan orde dunia yang mana ianya berasaskan kepada dua sistem, Timur dan Barat. Mereka menguasai hal-ehwal dunia ini melalui perhubungan dan perjuangan antara Timur-Barat. Melalui perjuangan Timur-Barat ini, lahirlah apa yang kononnya dikatakan Perang Dingin (Cold War).

Disebabkan oleh kepentingan kedua buah kuasa besar ini untuk berkuasa, terdapat perjuangan di dalam bentuk membesarkan kekuatan ketenteraan, khususnya selepas kejayaan yang dicapai di dalam persenjataan nuklear. Mereka berterusan dalam hal ini sehinggalah Kissinger datang. Beliau dan Nixon membuat polisi kerjasama di kalangan atasan yang kemudiannya membawa kepada Perang Dingin. Kesannya tidak besar sehinggalah pada dua tahun yang terakhir ini, kuasa lama yang tewas seperti Jepun, Jerman dan Dunia Islam menunjukkan peningkatan dan kuasa yang menang di dalam peperangan dahulu semakin lama semakin lemah.

Contohnya, Soviet Union dan Negara Blok Timur khususnya adalah tersangat lemah di dalam ekonomi, manakala Jerman dan Jepun adalah tersangat kuat di dalam ekonomi. Dan disebabkan oleh kekuatan ekonominya ini, Jerman berjaya menguasai Eropah Barat tanpa perlu kepada kekuatan ketenteraan.

Peranan ekonomi terhadap dunia

Di dalam perjuangan menguasai hal-ehwal dunia, ekonomi telah mula memainkan peranan yang penting, tidak seperti waktu-waktu sebelumnya. Seluruh perkiraan telah berubah. Gerakan Islam di pelbagai negara Muslim juga telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan khususnya di Afghanistan, Palestin, Jordan, Mesir, Algeria, Pakistan dan beberapa tempat lain di dalam dunia. Keseluruhan sistem yang sedang menguasai dunia, digegarkan oleh peristiwa-peristiwa ini. Amerika Syarikat yang kononnya kuasa besar dunia, sedang mengalami keadaan ekonomi yang semakin lemah kerana di masa pentadbiran Reagan, Amerika Syarikat telah berubah dari pemberi pinjaman nombor satu di dunia kepada penghutang nombor satu di dunia. Keseluruhan hal-ehwal orde dunia ini bergegar.

Terdapat persoalan mengenai apakah yang akan berlaku khususnya selepas kejatuhan dan perpecahan Eropah Timur serta perpecahan Soviet Union. Tidak ada lagi dualism atau dua kuasa besar yang berpengaruh. Apakah pula bentuk sistem yang baru nanti?

Amerika Syarikat mahukan sistem berbentuk unipolar dan bukannya sistem bipolar lagi. Sistem unipolar dikuasai oleh satu kuasa besar sahaja.

Faktor kejatuhan negara Blok Timur

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kejatuhan negara Blok Timur. Salah satu sebabnya ialah darjah kelemahan sistem ekonomi di negara Blok Timur. Satu lagi ialah berkenaan bakal wujudnya penyatuan negara-negara Eropah, yang mana ia meletakkan satu tekanan yang sungguh hebat kepada negara Blok Timur. Sebabnya, mereka merasakan bahawa jika mereka tidak menyertai Eropah sekarang, mereka tidak akan langsung dapat menyertai mereka di masa hadapan. Mereka akan menjadi negara dunia ketiga, jika tidak mereka lakukannya sekarang. Ini mempercepatkan perpecahan mereka. Faktor lain yang mempercepatkan peristiwa ini ialah oleh situasi yang berlaku dan yang sedang wujud di negara-negara Muslim khususnya kekuatan gerakan Islam.
Bersambung...