Saturday, January 24, 2009

ORDE BARU DUNIA siri 4 AKHIR

Salam,

Semoga isu palestin tidak berakhir walaupun gencatan senjata satu hala sahaja oleh Yahudi laknatullah.

Sambungan kepada siri lalu... Selamat membaca.


Mendidik masyarakat

Ringkasnya, apakah yang perlu kita lakukan? Kita perlu tekankan dan didik masyarakat berkenaan dua sunnah perjuangan. la adalah perjuangan antara benar dan salah, antara hak dan batil. Dan masyarakat mesti memilih di antara hak dan batil ini. la bukanlah satu hal politik. la bukanlah satu hal yang mereka tidak perlu berikan perhatian kerana ia menyentuh asas agama dan 'aqidah mereka. la adalah perjuangan antara hak dan batil.
"Dan seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam." (AI Baqarah: 251)
"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah Telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al Haj: 40)

Kita perlu menerangkan masyarakat mengenai ini. Kita perlu terus memperkatakannya kepada masyarakat. Inilah asas perjuangan, supaya dengan ini, mereka boleh menentukan dan membentuk sikap berdasarkan kefahaman dan kesedaran.

Memahami tugas kita

Seperkara lagi ialah kita tidak mahu pihak lain menang. Kita perlu memahami dengan jelas tugas kita apakah kedudukan yang sesuai untuk kita dan apakah yang boleh kita lakukan. Kita perlu mentarbiyah diri kita. Tanyalah diri, apakah misi kita yang sebenar? Kita perlu menghargai apakah yang kita hadapi supaya dengan itu, matlamat yang ada di dalam fikiran kita adalah sangat jelas tanpa ada kesamaran langsung. la sangat jelas sehingga kita boleh nampak hakikatnya dan kita terus kepada matlamat kita secara langsung. Kita seharusnya dekat kepada Allah subhanahu wa ta'ala kerana inilah masanya di mana fitnah akan berlaku.
Siri seterusnya adalah Bangsa-bangsa Bersatu(United Nation)
W/a

No comments: