Tuesday, January 06, 2009

ORDE BARU DUNIA siri 2

Salam wbth,

Peperangan dunia kedua dan akibatnya

Bila perang dunia kedua bermula dan sekali lagi, Jerman, Itali dan Jepun tewas, Jerman telah dipecah-pecahkan. Orde baru dunia kemudiannya wujud dalam bentuk Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (Security Council). Sekali lagi, negara-negara yang menang, iaitu negara-negara kuat, khususnya Amerika Syarikat dan Soviet Union menghasilkan orde dunia yang mana ianya berasaskan kepada dua sistem, Timur dan Barat. Mereka menguasai hal-ehwal dunia ini melalui perhubungan dan perjuangan antara Timur-Barat. Melalui perjuangan Timur-Barat ini, lahirlah apa yang kononnya dikatakan Perang Dingin (Cold War).

Disebabkan oleh kepentingan kedua buah kuasa besar ini untuk berkuasa, terdapat perjuangan di dalam bentuk membesarkan kekuatan ketenteraan, khususnya selepas kejayaan yang dicapai di dalam persenjataan nuklear. Mereka berterusan dalam hal ini sehinggalah Kissinger datang. Beliau dan Nixon membuat polisi kerjasama di kalangan atasan yang kemudiannya membawa kepada Perang Dingin. Kesannya tidak besar sehinggalah pada dua tahun yang terakhir ini, kuasa lama yang tewas seperti Jepun, Jerman dan Dunia Islam menunjukkan peningkatan dan kuasa yang menang di dalam peperangan dahulu semakin lama semakin lemah.

Contohnya, Soviet Union dan Negara Blok Timur khususnya adalah tersangat lemah di dalam ekonomi, manakala Jerman dan Jepun adalah tersangat kuat di dalam ekonomi. Dan disebabkan oleh kekuatan ekonominya ini, Jerman berjaya menguasai Eropah Barat tanpa perlu kepada kekuatan ketenteraan.

Peranan ekonomi terhadap dunia

Di dalam perjuangan menguasai hal-ehwal dunia, ekonomi telah mula memainkan peranan yang penting, tidak seperti waktu-waktu sebelumnya. Seluruh perkiraan telah berubah. Gerakan Islam di pelbagai negara Muslim juga telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan khususnya di Afghanistan, Palestin, Jordan, Mesir, Algeria, Pakistan dan beberapa tempat lain di dalam dunia. Keseluruhan sistem yang sedang menguasai dunia, digegarkan oleh peristiwa-peristiwa ini. Amerika Syarikat yang kononnya kuasa besar dunia, sedang mengalami keadaan ekonomi yang semakin lemah kerana di masa pentadbiran Reagan, Amerika Syarikat telah berubah dari pemberi pinjaman nombor satu di dunia kepada penghutang nombor satu di dunia. Keseluruhan hal-ehwal orde dunia ini bergegar.

Terdapat persoalan mengenai apakah yang akan berlaku khususnya selepas kejatuhan dan perpecahan Eropah Timur serta perpecahan Soviet Union. Tidak ada lagi dualism atau dua kuasa besar yang berpengaruh. Apakah pula bentuk sistem yang baru nanti?

Amerika Syarikat mahukan sistem berbentuk unipolar dan bukannya sistem bipolar lagi. Sistem unipolar dikuasai oleh satu kuasa besar sahaja.

Faktor kejatuhan negara Blok Timur

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kejatuhan negara Blok Timur. Salah satu sebabnya ialah darjah kelemahan sistem ekonomi di negara Blok Timur. Satu lagi ialah berkenaan bakal wujudnya penyatuan negara-negara Eropah, yang mana ia meletakkan satu tekanan yang sungguh hebat kepada negara Blok Timur. Sebabnya, mereka merasakan bahawa jika mereka tidak menyertai Eropah sekarang, mereka tidak akan langsung dapat menyertai mereka di masa hadapan. Mereka akan menjadi negara dunia ketiga, jika tidak mereka lakukannya sekarang. Ini mempercepatkan perpecahan mereka. Faktor lain yang mempercepatkan peristiwa ini ialah oleh situasi yang berlaku dan yang sedang wujud di negara-negara Muslim khususnya kekuatan gerakan Islam.
Bersambung...

No comments: