Sunday, December 06, 2009

Pertentangan Komunis dengan Islam siri 1

Salam,

Baru-baru ini, di dada-dada akhbar heboh menceritakan hasrat Chin Peng, pemimpin PKM untuk pulang ke kampungnya, di Setiawan perak. Sekarang ini beliau hidup dalam buangan. Daripada respon daripada media bercetak, saya dapati ramai remaja yang tidak mengenai apa itu komunisme dan dasar perjuangan mereka. Justeru itu saya ingin berkongsi bahan yang dipetik daripada kitab `Islam the misunderstood religion' karangan Sh Muhd Qutb, berkaitan masalah islam dan komunisme.

Menurut beliau orang-orang Islam tentulah tidak boleh menenima komunisma dan serentak dengan itu juga menjadi orang Islam. Di antara aspek-aspek pertentangan komunisme dengan Islam ialah:

Pertama: Komunisma berlandaskan falsafah kebendaan tulin
Ia hanya percaya kepadaapa yang. dapat disaksikan oleh pancaindera manusia sahaja, dan segala apa yang tidak dapatdikuasai oleh pancaindera adalah tahyul yang tidak wujud belaka atau setidak-tidaknya tidakdapat dipertimbangkan. Ujar Engels, “Benda adalah satu-satunya yang hakiki di alam ini.”

Sementara kaum materialis pula berkata, “Akal manusia tidak lain dan tidak bukan melainkan
ialah benda yang mencerminkan gejala-gejala alam sekelilingnya.” Seterusnya mereka berkata
lagi, “Apa yang dikatakan roh bukanlah satu benda yang berdiri sendiri, malah satu prodaksi
dan benda.”
Dari sini nyatalah bahwa komunisme adalah satu faham kebendaan tulin yang menolak segala perkara kerohanian dan menganggapnya sebagai fakta-fakta yang bukan ilmiah, sedangkan Islam enggan menjadikan seluruh hidup manusia hanya tertutup dalam alam kebendaan yang sempit yang tidak sesuái dengan kejadian mereka yang murni dan mulia.
Komunisme mahu mengubahkan manusia dan satu makhluk yang luhur, yang badannya berjalan di bumi dan rohnya menjelajah di langit kepada satu makhluk kebendaan dan kebinatangan yang seluruh ambisinya ialah memuaskan keinginan-keinginan asasi, iaitu makan, minum, mendapatkan tempat tinggal dan mengisi nafsu sex seperti yang didakwakan oleh Karl Marx.
Tiada seorang Islam yang terpengaruh dengan dakyah komunis boleh mendakwa bahwa seandainya kita menerima sistem ekonomi komunis, kita tidak semestinya terikat dengan falsafah kebendaannya, malah segala kepercayaan kita, Tuhan kita dan Rasul kita dan segala akidah kerohanian kita tidak akan terjejas sedikit pun, kerana sistem ekonomi komunis tidak
ada kaitan langsung dengan segala kepercayaan itu. Tiada seorang pun yang boleh mendakwa demikian, kerana orang-orang komunis sendiri memustahilkan kombinasi itu. Mereka telah membuat satu pertalian yang begitu rapat di antara sistem ekonomi dengan akidah dan falsafah yang menjadi asasnya, menurut anggapan mereka sistem ekonomi itulah yang melahirkan akidah-akidah dan falsafah-falsafah, kerana itu sistem ekonomi komunis yang berlandaskan kebendaan yang tulin itu tidak mungkin melahirkan falsafah kerohanian atau tidak mungkin hidup seiringan dengan falsafah kerohanian.
Orang-orang komunis juga percaya kepada dailektik kebendaan “Dialectical materialism”. Menurut mereka pertarungan di antara yang berlawanan (golongan yang bermilik dengan golongan yang tidak bermilik) merupakan satu-satunya faktor yang wujud di belakang setiap perkembanganl ekonomi dan manusia, bermula dan tahap komunisma yang pertama menuju ke tahap perhambaan dan terus ke tahap feudalisme dan dan sini berkembang pula kepada kapitalisme dan dan kapitalisme berkembang kepada tahap komunismeyang kedua (sosialis ‘dan seterusnya akan berkembang kepada tahap komunisme yang terakhir. Dengan menggunakan logik dailektik kebendaan inilah mereka cuba membuktikan kebenaran sistem ekonomi komunis mereka.
Mereka mendakwa adanya satu pertalian ilmiah yang rapat di antara komunisme dengan lojik dailektik kebendaan itu. Di dalam teori dailektik kebendaan, Tuhan tidak mempunyai tempat untuk campurtangan dalam perkembangan hidup manusia, para Rasul dan ajaran-ajaran yang
dibawa mereka juga tidak mempunyai tempat dalam perkembangan hidup manusia, malah
menurut mereka, ajaran para Rasul tidak merupakan faktor yang melahirkan perkembangan
ekonomi manusia, bahkan sebaliknya seluruh ajaran itu adalah hasil dan pertembungan faktor-faktor ekonomi sahaja. Dengan konsep ini hilanglah nilai Islam sebagai tenaga pembimbing
umat manusia.
Selain dari itu menurut teori dailektik kebendaan, seluruh perubahan dan perkembangan hidup manusia adalah berpunca dan faktor ekonomi, tetapi ternyata bahwa pentafsiran yang sedemikian apabila hendak ditafsirkan revolusi dan kemajuan umat Islam yang mendadak muncul tanpa sebarang perubahan ekonomi yang berlaku di Semenanjung Arab atau di dunia seluruhnya sebelum kedatangan Islam. Apakah faktor-faktor ekonomi yang mengakibatkan bangkitnya Nabi Muhammad membawa satu sistem hidup yang baru? Bagaimanakah sistem Islam itu dapat disesuaikan dengan sistem komunis? Setiap orang Islam percaya bahwa Allahlah yang mengatur kehidupan makhlukNya dan memberi hidayah kepada mereka melalui para RasulNya. Mereka juga percaya bahwa agama Islam itu adalah diturun oleh Allah bukannya lahir akibah faktor-faktor keperluan ekonomi. Oleh itu bagaimanakah kemurnian akidah umat Islam itu tidak terjejas apabila mereka mendokong sistem ekonomi komunis, sedangkan teori komunisma menegaskan bahwa tahap-tahap perkembangan hidup manusia itu adalah akibat dan pertarungan di antara yang berada dan tidak berada yang sama sekali tidak dicampurtangan oleh Allah, malah hanya dicetuskan oleh faktor-faktor keperluan ekonomi semata?
bersambung...

No comments: