Assalamu'alaikum wbth,
Seperti mana yang dijelaskan dalam siri pakatan jahat musuh, komunisme ini asalnya daripada Yahudi juga. Ideologi mereka secara umumnya sama rata, sama rasa. Hal ini on paper memang nampak indah dan cantik. Akan tetapi, setelah masa berlalu ianya telah disalahgunakan oleh pemimpin mereka. Pemimpin mereka kaya raya, rakyat mereka melarat. Akhirnya ideologi ini runtuh dengan pemimpin mereka sendiri seperti di Soviet dengan jangka hayat tidak sampai 70 tahun.
Berikut di sambung lagi poin2 berikutnya mengenai aspek pertentangan antara Komunis dan Islam.
Kedua: Manusia mengikut konsep komunisma adalah makhluk pasif yang tidak punya
sebarang iradat dan kuasa dalam menghadapi kekuatan benda dan kekuatan ekonomi.
Ujar Marx, “Dalam prodaksi ekonomi yang dilakukan oleh manusia anda melihat mereka
Terpaksa mengadakan hubungan-hubungan tertentu di antara mereka, iaitu perhubungan yang di luar kemahuan mereka. Perasaan manusia tidak menentukan wujud mereka, tetapi sebaliknyawujud merekalah yang menentukan perasaan mereka.”
Tetapi manusia dalam konsep Islam adalah satu makhluk positif yang punya iradat dan
kuasa dalam menghadapi kehidupan. Firman Allah, “Kami jadikan untuk kamu segala apa
yang ada di langit dan di bumi seluruhnya.”(Surah al-Jathiah)
Dalam ayat ini Allah dengan tegas menandaskan bahwa manusia mempunyai kekuatan
yang teragung di bumi, sedangkan kekuatan-kekuatan benda dan kekuatan ekonomi adalah
tunduk di bawah kuasa dan kemahuan manusia, bukannya manusia yang tunduk kepada
kekuatan-kekuatan benda dan kekuatan ekonomi. Hakikat ini telah dibuktikan oleh sejarah perkembangan Islam sendiri, kerana kemajuan Islam tidak menurut undang-undang
perkembangan Jabriah yang ditetapkan oleh teori dailektrik kebendaan. Ketika umat Muslimin menganut Islam di permulaan kelahiran Islam, mereka sama sekali tidak merasa bahwa satu pengaruh ekonomi sedang menguasai mereka tanpa dapat dielak oleh mereka lagi seperti yang dikatakan oleh Marx, malah apa yang dirasakan mereka ialah mereka sedang membentuk satu sistem ekonomi seperti yang diperintah oleh Allah dan mereka sedang menjalinkan hubungan-hubungan sosial dengan berdasarkan hidayah Islam. Mereka membebaskan abdi tanpa dipaksa oleh faktor ekonomi. Mereka membendung feudalisma, sedangkan di Eropah dan negeri-negeri yang bukan Islam feudalisma telah bertapak kukuh selama ratusan tahun.
Apabila kita sanggup mendokong sistem ekonomi komunis, maka dengan sendirinya
kita menerima falsafah komunis yang men jadikan manusia terkongkong kepada kekuatan
ekonomi, iaitu satu kekuatan yang dianggap di luar daya—upaya dan kehendak mereka.
Kerana itu mereka tidak lagi berusaha dan berfikir untuk mengubahkannya dengan kuasa
iradat mereka.
Ketiga: Sistem ekonomi tidak dapat dipisahkan dan falsafah sosial yang berdiri dibelakangnya, dengan erti apabila kita menerima sistem ekonomi komunis, maka kita dengansendirinya menerima falsafah sosial komunis.
Menurut falsafah sosial komunis, masyarakat itulah yang menjadi pokok pangkal,
sedangkan individu tidak lebih dan satu anggota kelompok yang tidak mempunyai wujud
yang hakiki. Konsep ini bertentangan dengan konsep Islam yang begitu berat memberi
perhatian kepada individu.
Dalam Islam individu harus bertugas sebagai satu anggota yang aktif dan dinamis
dalam membimbing masyarakat dan memikul tanggungjawab Ia juga harus bebas memilih
kerja dan tempat kerjanya, bebas untuk memilih pemerintah-pemerintah yang disukainya dan bebas pula rnenggulingkan pemerintah yang dianggapnya menyeleweng dan ajaran Allah.
Dalam Islam individu harus bertugas sebagai pengawal akhlak yang menjaga tatasusila
masyarakat dan terjerumus ke dalam maksiat dan kebejatan. Tugas-tugas yang seperti ini tentulah tidak dapat dilaksanakan oleh individu yang hidup dalam sistem yang memandang individu itu sebagai sesuatu yang enteng atau sebagai pak turut atau tukang anggih kepada negara dalam segala urusan.
Bersambung....siri 3
No comments:
Post a Comment