Wednesday, December 30, 2009

Pertentangan Komunis dengan Islam siri 3(akhir)

Assalamu’alaikum wbth,

Berikut di sambung lagi isi-isi penting mengenai aspek pertentangan antara Komunis dan Islam.

Keempat: dan terakhir ialah falsafah komunis adalah berdasarkan teori bahwa faktor ekonomi merupakan satu-satunya faktor yang mempengaruhi dan mengendalikan seluruh urusan dan hubungan masyarakat.

Islam tidaklah menafikan kepentingan ekonomi dan tidak pula menafikan betapa pentingnya masyarakat itu dibangunkan di atas asas ekonomi yang sihat agar masyarakat dapat membentuk kehidupan sosial yang menjunjung prinsip-prinsip akhlak, tetapi Islam tidak menerima bahwa seluruh hidup manusia itu dikongkong oleh pengaruh ekonomi sahaja dan penyelesaian masalah-masalah ekonomi bererti penyelesaian seluruh masalah-masalah masyarakat yang lain.

Berdasarkan hakikat-hakikat inilah Islam tidak hanya memperhatikan nilai ekonomi semata-mata, malah ia memperhatikan sama nilai-nilai yang non-ekonomi terutama nilai-nilai akhlak, kerana Islam percaya bahawa di dalam hidup manusia terdapat nilai-nilai yang non-ekonomi. Dan nilai-nilai yang non-ekonomi itu pula memerlukan usaha-usaha untuk mengaturkannya sama seperti usaha-usaha yang diperlukan untuk mengaturkan ekonomi.



Rujukan:
Salah Faham Terhadap Islam – Muhammad Qutb

No comments: