Assalamu'alaikum wbth,
Siri kali akan memberi ringkasan ringkasan dari buku yang ditulis oleh seorang orientalis barat bernama Morroe Berger di dalam bukunya yang bertajuk "The Arab World Today" yang diterbitkan pada tahun 1962. Di dalamnya terkandung perancangan-perancangan halus dan jahat pihak Barat untuk "membaratkan" dunia Arab serta meneruskan penguasaan dan penjajahan kuasa barat sama ada secara langsung atau tidak langsung di situ.
Perhubungan antara Timur Dekat dan Barat mula menampakkan kepentingannya bila Timur Dekat mula membukakan sempadannya kepada Barat. Perkembangan ini bukanlah disebabkan oleh wujudnya bentuk komunikasi yang mendekatkan lagi jarak antara keduanya ataupun oleh semakin besarnya pengaruh cabaran Rusia di seluruh dunia tetapi oleh sebab beberapa faktor yang khusus bagi kepentingan Barat:
Kedudukan geografi
Timur tengah adalah jalan air, darat dan laut untuk ke Timur. la juga terletak di kedudukan yang hampir dengan Rusia.
Khazanah bahan mentah
Timur Tengah mempunyai 75% dari simpanan minyak dunia dan menghasilkan 25% dari hasil minyak mentah dunia, termasuk yang kebanyakannya digunakan oleh Eropah Barat.
Tempat lahir agama
Timur Dekat adalah tempat lahir dan berkembangnya Islam, Kristian dan Judaisma. la adalah tempat fokus kepentingan agama. Masalah politik juga datang dari sana, khususnya perhubungan antara negara Arab dan Barat banyak ditentukan oleh peristiwa di Palestin serta hubungan keduanya dengan Israel sejak pembentukan Israel pada tahun 1948.
Kelemahan ketenteraan
Kepentingan tanah Arab serta ditambah oleh kelemahan ketenteraannya, menyebabkan ia menjadi dominasi atau tunduk di bawah penguasaan Barat.
Tiga pengaruh utama, walau bagaimanapun telah menjadikan sebab kepada semakin lemahnya kedudukan Barat di situ sejak tamatnya Perang Dunia kedua:
1) Barat semakin lemah dari segi ekonomi dan ketenteraannya yang menyebabkan kemampuannya untuk menjaga dan meluaskan jajahannya berkurang. Di masa yang sama rakyat British dan Peranchis semakin kurang menyokong polisi "imperialist" atau penjajahan kerajaan mereka.
2) Amerika Syarikat dan Rusia telah bangkit menjadi suatu kuasa besar yang baru tetapi keduanya tidak pernah mempunyai sejarah berkuasa di negara-negara Arab. Kedua-duanya telah mendesak supaya Eropah Barat mengurangkan pengaruhnya di dunia Arab, dengan motif dan tujuan yang berbeza.

"Standard" baru dalam hubungan antarabangsa, perkembangan perindustrian dan komunikasi serta latihan yang diberikan kepada tenaga elit tempatan oleh pihak Barat sendiri menjadikan lebih sukar untuk membenarkan atau mencari alasan kepada membolehkan penguasaan sebuah negara ke atas sebuah negara yang lain.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment