Tuesday, March 03, 2009

PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU SIRI 5(AKHIR)

Assalamu'alaikum wbth,

Kaedah untuk Menghadapi Penentangan pada PBB

Satu lagi alat yang boleh digunakan ialah memenjarakan sesiapa saja yang menentang ambilalih kuasa oleh PBB. Banyak balai polis yang ada senarai nama mereka-mereka yang dianggap merbahaya kepada perancangan mereka. Baru-baru ini di San Francisco, didapati bahawa kumpulan B'nai Brith menyimpan rekod 850 pertubuhan yang melibatkan hampir 20,000 individu. Kebanyakan dari individu tersebut adalah orang-orang Islam.

Mereka juga ada menyediakan kem tahanan yang boleh menahan sampai beratus ribu orang pada suatu masa. Operasi ini dinamakan RCX-84. Bagaimanapun perkara ini telah bocor kepada orang ramai. Mereka telahpun mendapat tempat untuk kem tahanan itu iaitu di Alabama dan mayor tempat itu telahpun memberikan kebenarannya. Kem itu kononnya ialah untuk orang-orang Palestin yang ada di US tetapi mereka dapat tahu bahawa ianya adalah untuk semua rakyat US.

Mereka juga mengadakan latihan bagaimana untuk mengawal orang ramai dalam masa kekacauan. Latihan ini mereka adakan di tengah-tengah bandar seperti di San Francisco dan mereka menggunakan alat-alat seperti gas pemedih mata untuk mengawal orang ramai.

US Commission on Improving the United Nations

Di US ini ada satu komiti yang diberi nama 'US Commission on Improving the United Nations'. Baru-baru ini mereka ada mengeluarkan satu laporan hasil dari perbincangan mereka. Antaranya mereka mencadangkan:

a) Mengadakan satu pesuruhjaya tinggi untuk hak-hak kemanusiaan, komiti hak-hak kemanusiaan dan mahkamah jenayah antarabangsa.

Ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah mereka untuk menuju ke arah matlamat mereka mendirikan kerajaan dunia. Tugas-tugas yang hendak diberikan kepada komiti ini adalah sebenamya tugas-tugas sebuah negara.

b) Mengembangkan Security Council untuk memasukkan Jepun dan Jerman. Juga meningkatkan penglibatan PBB dalamnegara-negara lain untuk mengawal kegiatan mereka dan memastikan bahawa mereka tidak membina senjata nuklear.

Jadi perkara yang sedang dilakukan di Iraq akan mereka lakukan di tempat-tempat lain. Ini merupakan penjajahan secara perlahan-lahan. Iraq sudah mereka takluki. Sekarang ini mereka cuba pula untuk menakluki Somalia dan Yugoslavia.

c) Melantik individu-individu yang dipanggil'Inspector General' kepada PBB untukmemeriksa pekerja-pekerja PBB.

Agama PBB

Agama PBB berkemungkinan ialah memuja syaitan kerana inilah yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin Freemason. Mereka mengatakan semua ugama adalah sama. Agama yang menyembah syaitan kononnya adalah sama dengan agama yang menyembah tuhan. Banyak perkara-perkara yang kejam dan bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang mereka amalkan seperti menyembelih kanak-kanak hidup-hidup dan sebagainya. Mungkin inilah yang akan menjadi agama mereka.

Kesimpulan

Adalah menjadi harapan kita bahawa kekacauan yang timbul dari kerja-kerja mereka itu akan menjadi tanda bahawa Islam pula yang akan naik. Ini kerana orang ramai tidak akan sanggup hidup lama di bawah pemerintahan zafim mereka itu. Dan ini sebenarnya akan memudahkan kerja-kerja kita dan akan membantu kita ke arah matlamat dekat kita, InsyaAllah.

No comments: