Monday, February 23, 2009

PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU SIRI 4

World Council of Christian Churches

Untuk sampai kepada matlamat mereka untuk mendirikan kerajaan dunia, mereka ada banyak pertubuhan yang bertugas ke arah itu. Untuk bahagian ideologi, mereka gunakan 'World Council of Christian Churches'. Ini adalah untuk meyakinkan orang ramai akan perlunya kerajaan untuk mentadbir dunia ini. Mana-mana kumpulan Kristian yang tidak menganggotai Council ini akan dihancurkan. Contohnya ialah pengikut-pengikut David Koresh di Waco, Texas.

Council ini ditubuhkan oleh Freemason dengan tujuan untuk menguasai orang-orang Kristian. Mereka juga menguasai 'World Jewish Council' dan 'American Council of Catholic Churches'.

Taktik US National Emergency

Satu lagi alat yang mereka gunakan ialah 'National Emergency' atau keadaan darurat. Dalam keadaan darurat, semua kuasa di US akan jatuh ke tangan presiden menjadikan beliau diktator yang paling berpengaruh di dunia. Reagan pernah menggunakan salah satu dari keadaan darurat ini ketika berlakunya mogok oleh 'Air Traffic Controllers'. Reagan menggunakan kuasa beliau dalam keadaan darurat untuk memecat semua yang terlibat dalam mogok itu dan menggantikan mereka dengan orang yang baru. Pada tahun itu banyak kemalangan yang berlaku kerana mereka ini kurang berpengalaman.

Undang-undang darurat yang boleh digunakan oleh presiden ialah:

1. Executive Order 10995 - Membenarkanpresiden mengambilalih semua saluran media.

2. Executive Order 10997 - Mengambilalihsemua kuasa elektrik, gas, petroleum, minyak dan galian.

3. Executive Order 10998 - Mengambilalihsemua sumber makanan dan ladang-ladang.

4. Executive Order 10999 - Mengambilalihsemua sumber pengangkutan, jalan-jalan,dan pelabuhan.

5. Executive Order 11000 - Menggerakkanorang awam dan tenaga kerja di bawahpemerhatian kerajaan.

6. Executive Order 11001 - Mengambilalihsemua fungsi kesihatan, kebajikan dan pendidikan.

7. Executive Order 11002 - Memerintahkan semua rakyat mendaftarkan diri di pejabat-pejabat pos. Ini mungkin akan dilakukan dalam masa peperangan untuk memaksa rakyat pergi berperang.

8. Executive Order 11003 - Mengambilalih semua lapangan terbang dan kapal-kapal terbang. Inilah yang telah digunakan oleh Reagan.

9. Executive Order 11004 - Mengambilalih semua lembaga perumahan dan kewangan. Beliau juga boleh memindahkan rakyat secara paksa.

10. Executive Order 11005 - Mengambilalih semua landasan keretapi, terusan-terusan dan "public storage facilities".

11. Executive Order 11051 - Membahagikan tugas untuk menguatkuasakan undang-undang darurat, dan mengeluarkan arahan untuk menguatkuasakan semua undang-undang darurat yang lain. Contoh organisasi yang boleh digunakan pada masa darurat ialah 'Federal Emergency Management Authority' (FEMA).


Bersambung...

No comments: