Sunday, February 08, 2009

PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU SIRI 2

Assalamu'alaikum wbth,
Pembentukan League of Nations

Idea mengenai perlunya ditubuhkan satu pertubuhan seperti PBB telah dimulakan oleh Kolonel Edward Mandell House, penasihat utama kepada presiden Woodrow Wilson. House pada masa itu adalah umpama Kissinger pada masa Nixon dan Ford. Kissinger lah yang merupakan orang yang memberikan arahan, bukan presiden. Pada masa itu, House lah yang sebenarnya memerintah, bukan Wilson. House telah menulis deraf pertama untuk 'The League of Nations'. Pada tahun 1917, House dilantik oleh presiden US untuk mengetuai sebuah komiti yang tugasnya ialah untuk merangkakan satu program bagi sebuah kerajaan antarabangsa.

Apa yang telah beliau lakukan ialah mengumpulkan perjanjian-perjanjian damai yang ada (yang ditandatangani selepas tamat perang-perang yang besar) dan berpandukan dokumen-dokumen ini, merangkakan satu perlembagaan untuk League of Nations. Tetapi ianya telah ditolak setelah dibentangkan di 'Senate'. Jadi apabila League of Nations ditubuhkan, US tidak dapat menyertainya kerana telah ditolak Senate. Pada ketika itu, pengaruh Freemason di dalam politik US tidaklah sekuat seperti sekarang ini.

Kolonel House telah dibantu oleh beberapa orang pemuda seperti Walter Lippman, Norman Thomas, Allen W. Dulles, John Foster Dulles dan Christian A. Herter.

Pada tahun 1919, House telah berjumpa dengan beberapa orang dari Britain yang mempunyai pemikiran yang sama seperti beliau. Dalam perjumpaan tersebut, mereka telah membuat keputusan untuk menubuhkan satu kumpulan di dalam US yang diberi nama 'American Institute of International Affairs' (AIIA).

CFR, TCdan BG

Dua tahun kemudian, iaitu tahun 1921, satu kumpulan lain dari New York telah digabungkan dengan AIIA dan diberi nama 'Council on Foreign Relations' (CFR). CFR inilah yang sebenarnya memerintah US.

Saya ingin mencadangkan agar kita semua mengumpulkan semua isu yang telah dikeluarkan oleh CFR, iaitu lebih dari 280 keluaran (Foreign Affairs dikeluarkan 4 kali setahun selama lebih dari 70 tahun) dan mengadakan satu kajian mengenai perkara-perkara yang dibincangkan dalam majalah tersebut kerana banyak perkara yang mereka bincangkan dalam majalah tersebut telah menjadi kenyataan. Jadi jika kita mengkaji buku ini, kita boleh mengagak apakah perancangan mereka untuk masa hadapan.

CFR ini, dan dua lagi kumpulan iaitu, 'Bilderberger Group' (BG) dan 'Trilateral Commission' (TC) adalah cukup penting untuk kita ketahui. Sesiapa yang menjadi ahli dalam kumpulan-kumpulan ini adalah merupakan tokoh-tokoh penting dunia.

CFR umpamanya, mempunyai lebih kurang 3000 orang ahli dan lebih 400 daripada itu memegang jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan US termasuklah presiden dan timbalan presiden.

TC pula ditubuhkan pada tahun 70an oleh David Rockefeller. lanya adalah lebih tertutup dan lebih penting dari CFR. Semua ahli TC mestilah menjadi ahli CFR terlebih dahulu. TC adalah lebih kepada peringkat antarabangsa dengan cawangannya di US, Jepun dan Eropah (Jerman), yang menyebabkan ianya dipanggil trilateral.

TC pula mempunyai 1000 orang ahli dan lebih 200 daripada itu memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Satu lagi kumpulan di peringkat antarabangsa ialah Bilderberger Group (BG). BG ini adalah lebih tinggi dan lebih sulit dari CFR dan TC. Tidak banyak yang diketahui mengenai kumpulan ini melainkan bekas presiden US, Dan Quayle dan presiden sekarang, Bill Clinton adalah ahli-ahli mereka.

Sejak CFR ditubuhkan pada tahun 1921, semua 'Secretary of State' yang dilantik selepas itu adalah dari kumpulan ini. Secretary of State sekarang ini, Warren Christopher, adalah ahli kepada kedua-dua CFR dan TC.
Bersambung....

No comments: